Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, March 15, 2011

Kelab Chedet - NIK AZIZ DAN KRISIS JATI DIRI

"Menurut Dr Ridzuan Tee, walau pun secara ethniknya (darah daging) beliau adalah seorang berketurunan Cina tetapi secara Perlembagaan pula beliau mengaku yang beliau sendiri pun layak ditakarifkan sebagai “Melayu”. Ini adalah kerana bukan saja beliau seorang Islam tetapi juga kerana kesediaan beliau sanggup menerima budaya dan bahasa orang tempatan iaitu bahasa dan budaya Melayu sebagai amalan harian dalam kehidupan beliau sebagai seorang warganegara Malaysia yang sejati.

Sebab itu hari ini orang Melayu sendiri tidak dapat membezakan beliau dengan orang-orang Melayu yang lain kerana sudah menganggap beliau 100% sebagai sebahagian daripada mereka.

Jadi sebelum Nik Aziz berbangga tentang konsep PAS yang tidak mahu membeza-bezakan bangsa itu, Nik Aziz perlu berbanyak-banyak berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu kerana telah menjelaskan maksud “Melayu” ini dengan begitu terbuka sekali untuk menerima siapa saja tidak kira apa bangsa mereka sebagai orang Melayu asalkan mereka itu beragama Islam dan sanggup menerima bahasa dan budaya orang tempatan untuk dianggap sebagai anak sejati tempatan.

Manakala pemimpin-pemimpin PAS terdahulu pula begitu marah dan menentang Perlembagaan yang diusulkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO ini kononnya UMNO masih lagi tuduk dengan khendak penjajah yang kafir ini kerana menerima cadangan dari Lord William Reid yang ketika itu sedang membantu UMNO mengubal Perlembagaan Negara kita sekarang.

PAS ketika itu tidak mahu dan menentang cadangan untuk menerima mana-mana bangsa pendatang ini dijadikan warganegara kerana mereka bimbang kaum-kaum pendatang ini tidak dapat menerima pemerintahan Islam secara total yang mahu dibawa oleh PAS itu.

Hari ini Nik Aziz sudah mula memutar-belit fakta tentang pendirian PAS dulu kononnya PAS boleh menerima siapa saja asalkan mereka itu Islam. Jika begitulah pendirian Nik Aziz sekarang, lebih baik Nik Aziz masuk saja UMNO kerana UMNO sudah lama boleh menerima siapa saja menjadi warganegara yang setia tampa pernah memaksa mereka menukar agama mahu pun bahasa dan budaya malah UMNO tidak pernah menghalang mereka dari mengekalkan identiti kaum mereka sebagai bangsa pendatang dari Tanah Besar China mau pun dari Benua Kecil India.

Yang UMNO pertahankan sekarang cuma persetujuan untuk mengiktitaf hak kaum-kaum di negara ini yang sudah mula diungkit oleh bangsa pendatang ini apabila mereka tidak mahu lagi kerajaan terus membantu orang tempatan yakni orang Melayu kerana mereka sudah lupa diri disebabkan orang Melayu tidak pernah mengungkit hak-hak kaum mereka untuk TIDAK diasimilasikan sebagai orang tempatan yang telah dipersertujui oleh orang Melayu dulu.

Sebaliknya jika bangsa pendatang ini memilih menjadi warganegara Thailand atau pun Indonesia mereka terpaksa menyerahkan hak mereka untuk TIDAK diasimilasikan sebagai orang tempatan itu (bangsa Thai atau bangsa Indonesia) sebelum mereka layak diberikan taraf warganegara di negara-negara berkenaan. Jadi siapakah sebenarnya yang bersikap lebih mesra dan adil terhadap bangsa pendatang ini, UMNO atau pun PAS??
Penulis adalah Nordin, Exco Kelab Chedet Malaysia



1 comment:

  1. Rduaan Tee sukar nak jadi Melayu kerana kulitnya putih sikit, mata sipit. Tapi pelarian Rohingga adn Kambodia boleh jadi Melayu tulin dan boleh beli Tanah Simpanan Melayu.

    ReplyDelete