Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, March 10, 2011

Jualan buku memoir Tun Mahathir luar biasa !!!

Ramai kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum frust giler tak dapat beli sebab kedai banyak dah abes stok .... Bukan tak mahu beli online tapi penghantaran nya lambat ... cash & carry lagi baik sebab sape baca dulu, kira dah advance boleh cakap pasal buku yang TERLARIS DI PASARAN.

MPH sendiri mengaku inilah BUKU PERTAMA dalam sejarah Malaysia yang mana jualan melebihi 5000 naskah pada hari pelancaran..

Dengar cerita, Anwar dan konco-konco pun berebut-rebut nak beli buku Tun M sampai Buku Jingga yang dijual pada harga RM2 pun tak laku. Mungkin Geng Pakatan Rakyat terutamanya Geng PAS & DAP nak tahu kisah sebenar Anwar semasa dalam Kerajaan dan UMNO....kalau cerita fitnah, takkan Anwar tak saman penulis buku yang cool aja jika ada yang nak saman :)

Yang geli hatinya sebab juak-juak PR ini bukan main kuat tibai Tun M. cakap Tun M nyanyuk la ... Tun M bukan org melayu la ...Depa nie bukan apa, tapi sakit hati sebab jumlah yang menyokong Tun M nie sebenar jauh lebih ramai dr penyokong mereka. cuma para penyokong Tun M kebanyakkan nie jenis diam aja ....kita jgn marah dengan juak-juak ini. Kita cuma cakap "ada aku kisah !"

Dapatkan segera buku yang TERHANGAT DI PASARAN !

Anwar Ibrahim bila nak keluar buku ?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Buku A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad mendapat sambutan luar biasa dengan mencatat jualan lebih 5,000 naskhah pada hari pelancarannya kelmarin.

Penerbit buku itu, MPH Group Publishing Sdn. Bhd. mendakwa inilah buku pertama di Malaysia yang mencatat jualan sebanyak itu pada hari pelancarannya.
Pengurus Besarnya, Ivy Tan berkata, sasaran awal MPH hanya 1,000 naskhah.

Katanya, setakat ini pihaknya telah menerima lebih 300 tempahan dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Brunei, Jerman, Jepun, Indonesia dan Singapura.

"Kami terpaksa menambah bekalan selepas banyak penjual mengadu kehabisan stok," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Buku setebal 843 muka surat dan berharga RM100 senaskhah itu mengambil masa lapan tahun untuk disiapkan. -Kosmo -

5 comments:

  1. dah survey tapi semua dah habis stok...sedih giler..

    ReplyDelete
  2. apa daaaa MPH, buat la ratus ribu copies ...bersabar yer :) RockY dah ada satu !

    ReplyDelete
  3. versi BM bila nak keluar ?

    Nani Cheras

    ReplyDelete
  4. Salam Nani,

    Menurut sumber dalaman, buku versi BM akan diterbitkan tidak lama lagi. :)

    ReplyDelete
  5. benci betul..nak beli semua kedai x der stock... yg ade stock versi mandarin..cehhh

    ReplyDelete