Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, March 16, 2011

DNA - Desakan Aktivitis Reformis terhadap Anwar di Harakahdaily

Saya tidak mahu mengulas tentang tentang perbicaraaan kes Liwat II Anwar Ibrahim. Cuma tertarik dengan desakan demi desakan oleh pihak yang bukannya dari pro-kerajaan seperti Datuk Zaid Ibrahim, Raja Petra Kamarudin (RPK), bloggers pro Pakatan Rakyat dan terbaru dari aktivis Reformasi yang barangkali ahli PKR disiarkan di Harakahdaily.net.

Rakyat Malaysia masih menunggu siapakah gerangan Lelaki 'Y'.

---------------------------------------------------------------------------------------------
Maruah Reformasi tercabar

oleh Aktivis Jalan TAR

Saya amat kesal dengan tindakan musuh-musuh Anwar Ibrahim yang mempolitikkan kes mahkamah yang sedang berlangsung. Beberapa demonstrasi telah dianjurkan di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Ipoh seolah-olah Anwar telah didapati bersalah oleh mahkamah. Walhal, mahkamah hanya menolak bahan-bahan bukti yang diperolehi secara tidak sah.

Sebagai seorang pendokong Reformasi tegar, saya yakin penuh Anwar ialah mangsa konspirasi politik. Pemimpin-pemimpin UMNO gentar dengan Anwar Ibrahim lalu terpaksa memfitnahkan beliau. Mereka berharap dengan menghumban Anwar ke penjara, gerakan Reformasi akan hilang taring.

Justeru itu, saya menyeru kepada Anwar untuk mengambil tindakan tegas supaya serangan-serangan musuh politik ini dapat ditangani. Anwar wajib menyerah sampel DNA untuk membuktikan beliau tidak bersalah. Saya percaya langkah tegas Anwar ini akan membuat musuh-musuh politik beliau mati akal.

Saya berkongsi kebimbangan Anwar yang bahan DNA tersebut mungkin akan dimanipulasikan. Untuk mengelakkan kemungkinan tersebut, saya mencadangkan ujian dan profiling sampel DNA itu dibuat secara profesional dan telus. Jika perlu, Majlis Peguam, Persatuan Perubatan Malaysia dan pakar-pakar genetik antarabangsa yang dilantik oleh Anwar akan menyelia proses tersebut.

Objektif memberi DNA hanya untuk mengenalpasti sama ada DNA lelaki Y yang dijumpai pada tubuh Saiful Bukhari Azlan padan dengan DNA Anwar Ibrahim. Walaupun jika ditakdirkan DNA-DNA itu padan, Anwar masih mempunyai ruang untuk mempertikai bagaimana air mani beliau diletakkan pada tubuh Saiful.

Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin Anugerah Tuhan pasti prihatin yang serangan-serangan ini bukannya setakat peribadi beliau sahaja malah ditujukan kepada seluruh gerakan Reformasi. Bukan maruah Anwar Ibrahim sahaja yang tercabar tetapi kredibiliti semua Reformis juga tergugat. Anwar Ibrahim harus mengambil langkah berani dan bijak demi keutuhan gerakan Reformasi.

LAWAN TETAP LAWAN!!!

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31350:maruah-reformasi-tercabar&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46

1 comment:

  1. Parti KeADILan Rakyat? Puihh tuihh (keluar kahak kuning) mana ADIL ya pada rakyat PKR? Boss pun sial pondan main pandai mulut prok prek prok prek mcm mesin gan cakap samapi kita ni kecur air liur leleh tp bila mai kat dia haiii susah laa nak cakap, ingat bagiuh cakap baguih buat keja bagiuh selesai masalah tp lagi hemeph meluat lagi ada, rakyat pun tak jaga, pembangunan rakyat tak jalan, dok p road-show tak habis habis, bila Gomen Pusat buat kerja esok depa mai kata depa buat keja, haram apa pun tak da harap dok promote dlm blog kata buat kerja, kalau dah tamak susah, masing masing dok perasan bagiuh, tp mcm pekai koboi, suram.

    Jom pakat kita semua bagi peluang kat Gomen Pusat pulak PRU13 ni baru ada akai kot.

    ReplyDelete