Minda Hijrah Headline Animator

Friday, March 18, 2011

AMPANG - Program Merakyatkan Seni Budaya & Sukan Rakyat 2011, Sabtu 19 Mac

Saya memanjangkan jemputan dari Penyelaras Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo kepada anda sekeluarga bersama satu Program Merakyatkan Seni Budaya & Sukan Rakyat 2011 sempena musim cuti sekolah  pada hari Sabtu, 19 Mac 2011 bertempat di Jalan Kempas Kampung Melayu Ampang, Ampang Selangor

Bermula seawal jam 9.30 pagi dengan senaman dan gotong-royong kenduri. Ada juga persembahan muzik & tarian dan Pameran dari pelbagai agensi.

Banyak acara-acara yang boleh disertai oleh anak-anak dari Pertandingan Mewarna untuk 5-8 tahun dan  sukan rakyat seperti ketinting, batu Seremban, Congkak, Galah panjang, Tarik Upih Pinang, sepak raga ratus dan banyak lagi

Kalau ada bakat terpendam, boleh menyertai Pertandingan Mencanting batik dan Pertandingan Bakat Lagu Asli/Irama Malaysia.  

Ada demonstrasi (bukan demo jalanan) permainan Kavadi dan Dam Harimau turut disajikan.

Pak Menteri DS Utama Rais Yatim juga turun padang memberi sokongan dan bersantai bersama mereka yang hadir.

Semua dijemput hadir ! Luangkan masa anda dan anak-anak dengan aktiviti yang berfaedah ini.

Nota Kaki  - Ada wayang pacak (layar Bistari) pada sebelah malam 18 Mac 2011 - menurut dari sumber yang tidak boleh dipercayai, cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah bakal ditayangkan di gelanggang Futsal, Jalan kempas, Kampung Melayu Ampang.

Popcorn dan air bawa sendiri dari rumah. :)


No comments:

Post a Comment