Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, February 17, 2011

Perjuangan bersama PKR adalah sia-sia

Selepas pemimpin  yang bertaraf Yang Berhormat (YB) seperti Zulkifli Nordin , Gobalakrishnan, Zaharin Hashim termasuk 2 Adun PKR di Perak sehingga tumbangnya kerajaan PR Perak meninggalkan PKR, kini giliran para blogger PKR pula membuat keputusan meninggalkan 'perjuangan' yang mereka percayai selama ini.

Persoalan yang timbul dikalangan pemerhati diluar mungkin berkisar kepada 'apa yang sebenarnya terjadi?' "mengapa mereka meninggalkan perjuangan mereka?"

Sebenarnya saya telah diberi peringatan oleh rakan blogger Anuar Mohd Nor bahawa perjuangan memerlukan satu pengorbanan yang besar dan akan sampai masa pejuang akan tiba ditahap 'burnout'. dan ini benar-benar banyak terjadi dalam PKR.

Bukan sahaja pemimpin dan blogger, golongan rakyat marhaen yang menggerakkan 'Gerakan Reformasi' sejak 1998 telah lama menjauhkan diri dari PKR setelah melihat sendiri kerakusan pemimpin atasan mereka. Pemimpin PKR siang malam memberi ceramah tentang rasuah, kronisme, prinsip keadilan, demokrasi dan seribu kisah satu malam yang sedap didengar tetapi realiti tidak begitu apabila mereka sudah memegang kuasa sebagai kerajaan.

Sudah sampai masa orang Melayu Islam membuang 'Politik Kebencian' yang telah lama dijajah dalam hati dan minda oleh yang disebarkan menerusi dasar 'Pecah & Perintah'. Adalah lebih baik pejuang -pejuang yang ada  menjadi golongan yang bersuara di atas kepentingan rakyat tanpa politik naungan. Bebaskan diri kita dari kekangan politik yang semakin memualkan.

Memuji dan memberi pandangan penambahbaikan kepada kebaikan yag dilakukan. Mengkritik serta menolak apa-apa yang buruk yang merugikan agama, bangsa dan negara. Tidak kira kepada Kerajaan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Mengkritik bukan beerti Menentang tetapi menuntut perubahan.

RockY-MY
Exco Kelab Chedet Malaysia

No comments:

Post a Comment