Minda Hijrah Headline Animator

Monday, February 21, 2011

Pas parti oportunis - Dr. M



HULU LANGAT 20 Feb. - Pendirian Pas yang mahu kembali mempertahankan hak orang Melayu meskipun selama ini menolak perjuangan berasaskan bangsa membuktikan parti itu adalah parti oportunis dan tidak ikhlas dalam perjuangan mereka.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Pas mengubah pendirian bukan kerana ikhlas untuk mempertahankan hak Melayu tetapi hanya kerana mahu memastikan mereka mampu memenangi kembali undi daripada orang Melayu.

Katanya, adalah tidak mustahil apabila Pas sudah mendapat semula sokongan orang Melayu, parti itu akan mengubah kembali pendirian mereka seperti sedia kala dengan alasan, perjuangan Islam lebih penting berbanding perjuangan memartabatkan kaum Melayu.

"Ini oportunis... Bila sedar mereka tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu, dia (Pas) mahu balik kepada Melayu. Esok bila dah dapat sokongan orang Melayu, mereka balik kepada ideologi lama kononnya, perjuangan bangsa bukan perjuangan Islam.

"Sebelum ini tolak Melayu, sekarang Pas mahu terima balik orang Melayu, semua kerana apa? Kerana nak dapat undi, kalau tak dapat undi Islam pun dia tak perlu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Saringan Kesihatan dan Diabetes di Batu 18, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa parti itu perlu mengutamakan perjuangan terhadap bangsa Melayu memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini.

Nik Abdul Aziz ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa anjuran parti itu di Shah Alam, semalam, dipetik sebagai berkata: "Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu."

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan itu beberapa kali menolak perjuangan terhadap bangsa Melayu kerana menganggap ia tidak dilakukan oleh Islam selain turut menolak perjuangan nasionalis kerana dakwanya, ia bercanggah dengan ajaran Islam.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, Pas dan Nik Abdul Aziz langsung tidak mempunyai prinsip kerana sering kali berubah pendirian semata-mata untuk menjamin kelangsungan politik mereka selain sanggup memperalatkan agama.

Menurutnya, Pas bukan berjuang kerana Islam tetapi untuk memegang kuasa sehingga mereka sanggup mengeluarkan fatwa politik bahawa golongan yang menolak Pas adalah masyarakat jahiliah serta menolak Islam.

"Tolak Islam ini apa? Kalau anda tolak Islam anda jadi apa? Maksudnya samalah dengan mengkafirkan orang yang sokong UMNO walaupun Nik Abdul Aziz kata mana bukti dia mengkafirkan orang UMNO.

"Pas ini kalau boleh mereka nak kita mengucap tiga syahadah, baru Islam kerana syahadah yang diucapkan sekarang tidak cukup bagi mereka. Pertama mengakui Allah tuhan yang satu, Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah dan tambah yang ketiga iaitu hanya ahli Pas, Islam dan boleh masuk syurga," katanya menyindir.

Sementara itu, Dr. Mahathir turut menyelar tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan fahaman pluralisme antara agama.

Sambil mengecam tindakan Ketua Pembangkang itu, beliau mempersoal motif Anwar itu bertujuan mahu meletakkan Islam sama kedudukannya dengan agama lain di sisi Allah semata-mata kerana kebebasan beragama.

"Kita tidak boleh samakan Islam dengan agama lain meskipun kita iktiraf agama lain. Mereka dengan agama mereka dan kita dengan agama kita, tetapi agama yang suci di sisi Allah hanya Islam," katanya kepada pemberita.-Utusan Malaysia -

2 comments:

  1. di simposium delima MELAYU..Slihudin ayub MENGAUKU yg PAS SERING MEMBUAT GABUNGAN dengan parti2 lain..pernah sekali dengan BN,PERNAH JUGA DENGAN BARISAN ALTENATIF DAN YG TERBARU PR...

    PERSOALANNYA ADAKAH MEREKA TIDAK MEMPUNYAI PENDIRIAN YG KUKUH DAN ADAKAH MENYERTAINYA HANYA UNTUK DAPAT MENJADI PEMERINTAH...DENGAN PENGAKUAN ITU JUGA PAS SENDIRI YAKIN MEREKA BUKAN LAH PARTI DOMENAN...

    ReplyDelete
  2. wacana delema melayu..pula wakil PAS seboleh boleh nya menegakkan bahawa ketuanan MELAYU itu tidak ujud..dan yg paling menyeronokan wakil PERKASA duk INGATKAN DIE BAHAWA DALAM DIA MENOLAK KETUANA MELAYU ..DIA MENDAPAT RAHMAT DARI SEMANGAT DEB (BIASISWA BELAJAR KE LUAR NEGARA)yg nak memastikan KETUANAN MELAYU ITU TIDAK HANYA PADA NAMA...KENAPA SELEPAS KITA DAPAT MENYEBERANI TITI YG KECIL ITU DENGAN SELAMAT UTK MENDAPAT PENGHIDUPAN YG LEBIH BAIK...DAN AKHIRNYA KITA CUBA UTK MERUNTUHKAN ITI ITU..ADAKAH SEPATUTNYA KITA YG DAH MENDAPAT MENEFAAT DARI TITI ITU BERUSAHA UTK MEMPERBESARKAN NYAAA....

    ReplyDelete