Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dingatkan supaya bertindak ke arah yang lebih pro-aktif dalam menangani isu yang melibatkan mahasiswa. Kenyataan terbaru beliau di laman portal Malaysiakini menggambarkan seolah-olah beliau tidak dapat melakukan tugas sebagai Timbalan Menteri sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.
Bukankah lebih baik Datuk Saifuddin Abdullah mengkaji permasalahan yang melibatkan piliharaya kampus yang sedang berlangsung termasuk syarat-syarat 'tidak masuk akal' yang ditentukan oleh pihak universiti dan mengemukakan laporan kepada kabinet. Saya berpendapat bahawa pihak HEP Universiti adalah punca utama 'pemberontakan' mahasiswa terhadap kerajaan sekaligus mengheret UMNO ke kancah politik kampus.
Saya bersangka baik dengan apa yang dilakukan oleh Datuk Saifuddin Abdullah dan juga mungkin tidak memahami apa yang dialami beliau semasa menjalankan tugas.
Mungkin ada baiknya amaran Datuk Saifuddin Abdullah kepada kerajaan dan saya menyokong apa yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri ini.
Disebalik AUKU yang dikenakan keatas mahasiswa, tidak perlu peraturan - peraturan 'tidak masuk akal' di pihak HEP Universiti semata-mata untuk memuaskan hati 'pihak atasan', pihak kerajaan wajar mengkaji 'punca permasalahan' dan bukan terus menunding jari kepada mahasiswa. Mereka mungkin tidak boleh mengubah pola politik buat masa ini tetapi mampu berbuat demikian selepas tempoh 5-10 tahun dari sekarang.
'Pemberontakan' di kalangan mahasiswa akan menjadi lebih serius dan saya mendengar sendiri bagaimana sebilangan pemimpn mahasiswa di IPTA dan IPTS yang terus menghasut rakan mereka supaya 'menumbangkan kerajaan'
Adakah Menteri masih tidur ?
Mengkritik bukan bererti menentang tetapi menuntut perubahan.
Sumber Berita Malaysiakini.
'Jangan abaikan kuasa pelajar'
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menjadi antara orang yang pertama dalam kerajaan BN yang mengingatkan supaya diambil iktibar daripada apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia.
Jika pihak berkuasa menekan suara golongan muda - sedang mereka
mereka dapat mengikuti perkembangan politik di seluruh dunia - Saifuddin (kanan) berkata, tenaga mereka yang tidak dapat dibendung, akan hanya melimpah ke jalanan.
Senario pertama telah berkali-kali berlaku apabila mahasiswa
berdemonstrasi berhubung hak mereka terhadap pilihan raya kampus yang bebas dan adil.
Manakala minggu lalu, seratusan mahasiswa Universiti Malaya (UM) memecahkan pintu pejabat timbalan naib canselor kerana membantah penolakan calon daripada bertanding dalam pilihan raya kampus esok.
Dalam wawancara melalui emel dengan Malaysiakini, Saifuddin mengakui bahawa mahasiswa mahu suara mereka didengar.
"Ini adalah hak asas dan sejagat. Pihak berkuasa harus melayani hak pelajar. Jika pihak berkuasa menafikan hak-hak ini, maka pihak berkuasa tidak seharusnya menyalahkan pelajar jika mereka bertindak dengan cara yang boleh dradikal, dan sebagainya," kata Saifuddin.
No comments:
Post a Comment