Ada seorang penulis blog bertanya, apakah benar Malaysia ini masih lagi boleh dianggap sebagai “Tanah Pusaka” kepada orang-orang Melayu seperti mana kenyataan Dr Mahathir itu, justeru orang Melayu berhak mendapat “ hak keistimewaan” sebagai pemilik kepada “Tanah Pusaka” ini??
Penulis blog “art-harun.blogspot.com” menemplak kenyataan Tun Dr Mahathir ini sebagai tidak berasas sama sekali kerana hak orang-orang Melayu keatas muka bumi ini sudah lama terkubur sebaik saja Persekutuan Tanah Melayu bertukar menjadi negara baru yang bernama Malaysia pada tarikh 16 September 1963. Seluruh warga Tanah Melayu ketika itu sudah menjadi warganegara Malaysia, tidak kira apa jua latar belakang mereka, agama mereka, bangsa mereka atau dari mana mereka berasal, mereka semuanya akan dikenali sebagai warganegara Malaysia mulai dari tarikh tersebut.
Sesungguhnya negara ini tidak lagi menjadi hak milik mutlak orang-orang Melayu sejak dari tarikh tersebut kerana ia sudah menjadi kepunyaan semua warganegara Malaysia. Namun kata penulis blog ini lagi, orang Melayu masih lagi digalak supaya berlagak sebagai pemilik dalam banyak perkara, pemilik kepada bahasa Melayu, pemilik kepada “nama Allah”, pemilik kepada “hak istimewa kaum”, pemilik kepada 30% ekuiti, pemilik kepada kontrak kerajaan dsb.

Yang peliknya kata penulis blog ini lagi, sebagai pemilik kepada banyak perkara di negara ini, kenapa masih ramai orang Melayu yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, masih ramai yang menunggang motorisikal buruk di kampong, masih ramai yang bergelut hendak bayar bil air dan yuran sekolah anak, masih ramai yang berkerja membanting tulang disawah yang mereka pajak, itu pun hanya cukup menampung keluarga mereka dengan nasi berlaukkan ikan masin setelah segala sewa ditolak kepada tuan punya tanah?? Bolehkah orang Melayu yang hidup serba daif ini dianggap sebagai pemilik “Tanah Pusaka”, bolehkah mereka menuntut hak mereka didepan pejabat tanah?? Sekali pun mereka ini TIDAK berhak ke atas apa-apa pun yang dianggap “milik” mereka, namun orang-orang Melayu ini tetap berbangga kerana dianggap sebagai “pemilik”, kerana selama ini mereka memiliki Dr Mahathir sebagai “hero” mereka yang mengajar mereka bersikap sebagai “pemilik” dalam banyak perkara itu.
Jadi menurut penulis blog ini segala-segala yang dimiliki orang Melayu selama ini semuanya “illusi” belaka bukannya kenyataan yang sebenarnya. Aku heran, jika benar apa yang dimiliki oleh orang Melayu sekarang ini semuanya “illusi” belaka, kenapa masih ramai pihak yang cemburu hati terhadap “illusi” yang dimiliki oleh orang Melayu selama ini, kenapa mereka rasa terancam dengan “illusi” yang tidak pernah menghalang kaum mereka daripada menjadi kaya itu, kenapa mereka mendesak kerajaan menghapuskan hak Melayu jika hak Melayu itu cuma satu illusi saja, kenapa mereka membuat berbagai tuduhan terhadap orang Melayu yang hanya mahu mempertahankan “illusi” ini walhal “illusi” ini sikit pun tidak mengancam kekayaan kaum mereka dan kenapa mereka masih mahu memusuhi orang Melayu hanya kerana memiliki “illusi” ini?????
Jadi, patutkah orang Melayu dituduh sebagai kaum yang tamak sedangkan apa yang orang Melayu pertahankan itu semuanya dikatakan “illusi” belaka, apakah “illusi” yang sama seperti “angan-angan kosong” ini pun masih mahu dirampaskan oleh mereka, jadi apa lagi yang mampu orang Melayu pertahankan sedangkan “illusi” yang kosong itu pun orang Melayu sudah dianggap TIDAK berhak memilikinya lagi???
Inilah dikatakan sikap intellektual Melayu sekarang, semakin mereka menganggap diri mereka pintar, semakin bijak mereka mempertahankan hak orang lain daripada mereka mempertahankan hak bangsa mereka sendiri. Sedih melihat semakin ramai orang Melayu bersikap begini sekarang.

Pandangan diatas oleh Nordin Exco Kelab Chedet Malaysia. Perbincangan lanjut di Portal Kelab Chedet
Pandangan Datuk A. Kadir Jasin tentang Malaysia Tanah Pusaka Orang Melayu
muahahahhahaaaak tuihhhhhhhh bangsat-bangsat spesis zaid ibrahim yang lupa diri
ReplyDelete