Minda Hijrah Headline Animator

Friday, February 11, 2011

"Kafir Harbi DAP" dan Gerakan tolak kempen anti maksiat Hari Valentine

Rancangan PAS untuk menggerakkan operasi bagi membendung kegiatan tidak bermoral semasa sambutan Hari Valentine hari ini menerima tentangan hebat daripada rakannya di dalam Pakatan Rakyat. Malah, ia turut menerima kritikan daripada parti Gerakan berhubung 'kempen anti-zina, arak dan pergaulan bebas' yang akan dijalankan pada hari berkenaan.
Apa masalahnya jika PAS mahu menganjurkan  'kempen anti-zina, arak dan pergaulan bebas' pada Hari Valentine ? Bukankah itu satu langkah pencegahan kepada masalah gejala sosial yang semakin dasyat berlaku di Malaysia.  Jakim dilaporkan mengambil langkah pro-aktif menganjurkan kempen kesedaran. Saya menyarankan kepada PAS supaya berkerjasama dengan JAKIM. Ini masalahnya apabila isu sosial dan kemasyarakatan pun payah bagi orang Islam nak berkerjasama disebabkan halangan politik. Baik UMNO dan PAS sama sahaja.
Tambahnya, pemuda PAS perlu memahami sambutan Hari Valentine dengan fikiran terbuka dan bukannya membuat kesimpulan berdasarkan "pemikiran sempit."- Ketua pemuda Gerakan Tan Keng Liang
Kenyataan bodoh dan biaDAP Ketua Pemuda Gerakan  "Allo apek, lu kafir nak buat apa lu punya suka. Tapi Islam ada panduan hidupnya sendiri." Hari Valentine adalah cara halus untuk orang Kristian memesongkan penganut agama Islam. Malah Majlis Fatwa Kebangsaan melarang umat Islam menyambut Hari Valentine.

Pendirian jelas DAP yang sememang nya Kafir Harbi tegar.  Sifu DAP iaitu Lee Kuan Yew pun boleh menerima keturunannya mengamalkan homoseksual. Malah industri pelacuran dibenarkan di Singapura. Bayangkan jika DAP menduduki kuasa Kerajaan Persekutuan.
Sementara itu, veteran DAP Lim Kit Siang pula berkata, kawalan moral ke atas sambutan Hari Valentine bukanlah satu dasar yang disepakati Pakatan.

Yang menghairankan bagaimana PAS boleh berpeluk cium dengan DAP sejak PRU 2008 sedangkan agenda DAP memang terang lagi bersuluh meng'halal'kan apa sahaja kononya atas dasar demokrasi dan kebebasan individu. Umat Islam yang tidak sealiran dengan PAS dengan mudah diKAFIRkan.

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali pula mengharapkan rakan-rakan di kalangan bukan Islam agar menghormati usaha melarang muda-mudi Islam meraikan hari Valentine. “Saya harap rakan-rakan Facebook yang bukan Muslim menghormati usaha kami di kalangan org Islam yang melarang muda-mudii kami daripada meraikan hari valentine,” tulisnya di laman Twitter. “Orang bukan Islam nak rai terserah, kami tidak ganggu. “Itu hak anda asalkan jangan berlebihan dari norma ketimuran kita. Salam"
Nah! Saya bersetuju dengan kenyataan Dr Lo'Lo'.yang menyuarakan pandangan dengan cara 'bijaksana'(fathanah). Semua pemimpin Islam patut contohi beliau dalam hal ini. Dan akhirnya umat Islam sudah wajib bersatu!


RockY-MY
Exco Kelab Chedet
"Mengkritik bukan bererti menentang tetapi menuntut perubahan"

3 comments:

  1. dap memang dah lama anti melayu dan islam. yang bodoh nya orang melayu yang menjadi tali barut dap.

    ReplyDelete
  2. nko rasa PAS ni sedar ke dlm sedar tak sedar ke mengigau ni rocky..kalau dah sedar alhamdulillah..jap aku nak cubit pipi aku ni..hu hu

    ReplyDelete
  3. kah! kah! kah! kalau PAS tak sedar, maknanya hanya satu, SESAT :)

    ReplyDelete