Kelab Chedet menyertai Simposium Dilema Melayu di PWTC. Sebahagian besar peserta adalah mahasiswa dari seluruh negara. Ramai juga kalangan rakan dari NGO seperti Perkasa dan Nadi Rakyat hadir bersama-sama mendengar ucapan Tun Mahathir.
Ketika sessi soal jawab dibuka, wakil Kelab Chedet saudara Beruang Putih memengemukakan soalan pertama tentang isu jambatan bengkok. Tun Mahathir dalam jawapan balas mahu rakyat sendiri yang mendesak kerajaan supaya meneruskan pembinaaan jambatan bengkok ini.
Lebih dari itu, dalam sedang media. saudara Beruang Putih betanyakan lagi samada Tun Mahathir optimis dengan pembinaan jambatan bengkok, Tun Mahathir menyatakan bahawa rakyat kene desak dan bersuara, kemudian baru la optimis. Kalau tidak bercakap dan mendesak, macam mana hendak optimis. Tambah Tun Mahathir lagi bukan susah mahu mendesak, cuma cakap "Kami Mahu Jambatan". Itu sahaja.
Beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh Exco - Exco Kelab Chedet.dalam membahaskan isu ini di portal Kelab Chedet.
Aku pun skeptikal macam Tun jugak. Nak suruh UMNO Johor cakap "KAMI NAK JAMBATAN" bunyi macam "KAMI TAK SOKONG NAJIB" pulak. Sudah menjadi tradisi UMNO zaman ini kena kata "SAYA SOKONG" sebelum sempat Datuk Presiden habiskan ayat dia, barulah dikatakan sebagai penyokong parti yang setia.
Aku tidak ragu-ragu lagi rakyat Johor memang dilaporkan inginkan sebuah jambatan supaya air selat terbrau tidak bertakong meninggalkan bau busuk. Sultan Johor pun mahu tambak ini dirobohkan, cuma suara UMNO Johor saja yang belum cukup jelas untuk menyatakan pendirian mereka itu, mungkin mereka terlalu berhati-hati untuk tidak meletakkan Datuk Presiden mereka dalam keadaan serba salah ditekan dengan permintaan mereka itu. Nordin Exco Kelab Chedet.
Akhirnya, persoalan utama yang timbulkan oleh Saudara Beruang Putih untuk sama-sama kita renungkan.
Ahah.. Aku pun suka nak tanya.. Seriuskah orang Melayu Johor mahukan Jambatan?? Atau sekadar melepaskan batuk di tangga??
No comments:
Post a Comment