Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, February 16, 2011

[update] Blogger Pakatan Rakyat biaDAP politikkan kematian Ibu Mertua Zahid Hamidi

Politik kebencian menyebabkan seseorang hilang pertimbangan dalam menyampaikan pandangan mereka. Sehingga hari ini, hampir setiap isu dan perkara telah dipolitikkan oleh Pakatan Rakyat tanpa batasan kemanusian, moral dan larangan agama. Malah perkara-perkara yang baik dilakukan oleh kerajaan terus menjadi sasaran fitnah semata-mata untuk meraih keuntungan politik.

Kini, muncul lagi seorang blogger Pakatan Rakyat yang begitu biaDAP mempolitikkan isu pengkebumian ibu mertua Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi. Pandangan yang diberikan diblognya menampakkan hasil politik kebencian yang ditanam di minda mereka selama ini.


Memang seharusnya kita marah terhadap kebiadapan blogger ini tetapi dalam masa yang sama kita juga harus simpati dengan beliau. Kebodohan beliau membuat perumpamaan dalam berhujah sebenarnya adalah kesan dari doktrin yang selama ini disampaikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat melalui ceramah politik dan akhbar parti.

Ambil contoh bagaimana PAS menggunakan agama Islam sebagai hujah untuk mengKAFIRkan golongan Islam yang tidak sealiran dengan mereka seperti UMNO dan bagaimana DAP & PKR telah berjaya menundukkan PAS dalam mendominasi Pakatan Rakyat. Keadaan ini mewujudkan politik kebencian melampau dikalangan bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia.



 

Persoalan yang mahu saya lontarkan ialah tentang kesedaran dikalangan bangsa Melayu dan umat Islam yang terus diperkudakan oleh DAP dalam usaha melihat bangsa Melayu dan umat Islam terus lemah. Ini sekaligus memudah kerja "Pecah & Perintah' DAP untuk menawan Malaysia, tanahair nenek moyang kita.

Mungkinkah Nik Aziz dan Haji Hadi Awang bangga dengan penulisan blogger seperti ini ?


[update] rakan 'TEH TARIK BERSAMA YB' juga melaporkan kebiaDAPan blogger Pakatan Rakyat ini.


Artikel penuh blogger Hanief yang biaDAP


Ini juga boleh menandakan kematian orang besar dan orang kecil ada beza di Malaysia. Rakyat dan pemimpin dibeza-bezakan hingga ke garisan Nepotisme begini.

Kenapa berita ini keluar?

Apakah ada bahan letupan C4 digunakan oleh pihak UTK?
Hanief: Kalau ada pilihanraya kecil barulah panggil Utusan buat liputan. Buang dakwat betullah! Atau pun Utusan sendiri yang nak bodek ni?
Apakah kesedihan ini akan terubat dengan pembelian lebih banyak lagi senjata dan kapal perang?

Atau pun Zahid akan insaf lalu bertaubat dan bantu Anwar?

Atau pun Zahid akan minta nasihat Israel untuk mengatasi masalah kesedihan?

Cuba kalau mak mertua kita mati. Haram tak keluar berita. Sebab tak ada duit nak bayar hantaran akibat wang kertas turun nilai.

Esok apa pula yang keluar? Kucing Najib mati dihenyak wanita obese.

6 comments:

  1. nampak sangat kebebalan blogger kesayangan pok nik dan dap

    Al-fatihah kepada Allahyarhamah.

    ReplyDelete
  2. memang bebal lah diorang ni.

    tu memang hardcore anwar. sbb tu diorang attack ds zahid hamidi.

    ReplyDelete
  3. agak2 pok nik nak bg gak ke tiket masuk syurga kat dia org nih....huhuhu...

    ReplyDelete
  4. kalu nak mati brita masuk TV n paper kena la famous. Hakikat idup babe. trima la. kalu nak jugak bole buat sendiri. Blogger mati kena panah petir. sebelum mati sempat minta tiket masuk syurga dari .... amacam. ada news value?

    ReplyDelete
  5. Jgn kata mak mertua dia mati, kalau dia mati pun tak da sapa nak pegi sibuk tulis dlm surat khabar. Dia Sape??? Tapi kalau dia nak juga mayat dia glamour, kena plan-lah awal-awal. Kalau cantik punya mati, boleh lah klua suratkhabar. Bahalol!!

    ReplyDelete