Saya menyahut baik cadangan Menteri KPDNKK, DS Ismail Sabri supaya pemberian lesen kepada Koperasi sebagai pembungkus dan pembekal. Tindakan ini wajar diambil perhatian serius bagi mengekang sikap tamak golongan kapitalis dari terus menyusahkan rakyat dan mengancam keselamatan negara. Media minggu lalu mendedahkan peniaga bahan mentah seperti buah pisang juga kerugian teruk hasil kesan domino dari kekurangan minyak masak.
Nampaknya pemborong minyak masak semakin berani menyorok bekalan tanpa rasa takut kepada undang-undang. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga wajar memandang serius permasalahan ini dengan membatalkan lesen mereka.
Sumber berita:
Pemborong Sorok Minyak Terbongkar
06/01/2011 20:00:10
Berikutan isu kekurangan bekalan minyak masak sejak seminggu lalu, pelbagai spekulasi timbul. Ada yang menyalahkan pengilang kerana menghentikan pengeluaran, tidak kurang juga yang mendakwa pemborong dan pengedar cuba sorok minyak. Apapun, pihak berwajib tidak hanya duduk diam.
Siang tadi, pemeriksaan mengejut dilakukan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, KPDNKK Cawangan Kajang di beberapa premis pemborong di Pasar Borong Selangor. Hasil maklumat awam yang diterima mendakwa pemborong di sini enggan menjual minyak masak dengan alasan minyak habis. Operasi dilakukan membabitkan 6 pasukan. Pegawai KPDNKK terpaksa menyamar sebagai pengguna sebelum dapat membongkar perbuatan sorok minyak yang dilakukan pemborong.
Pemeriksaan dibuat mendapati 2 daripada premis pemborong di sini menyorok berkotak-kotak minyak di bilik stor. Ia membabitkan 600 kilogram minyak masak paket. Selain disita, kedua-dua pemborong terbabit akan didakwa di mahkamah atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan Makanan 1961 kerana menyorok barang kawalan.
Ketua Pegawai Penguasa KPDNKK Cawangan Kajang, Firdus Zakaria: "Cawangan Kajang akan terus ambil tindakan untuk membongkar minyak yang tak dijual atau enggan dijual. Ada perbuatan mengkhianat di kalangan pemborong di premis ini." Menurutnya, sebelum ini pihaknya ada mengesan sebanyak 3 kes membabitkan pengedar tidak menghantar bekalan minyak kepada pemborong kerana menghadapi masalah kewangan.
MPOB disaran beri lesen bekal minyak masak kepada koperasi
BERA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan meminta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menimbang pemberian lesen kepada koperasi sebagai pembungkus dan pembekal minyak masak di negara ini.
2011/01/09
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu mustahak demi kepentingan orang ramai dan masyarakat pengguna."Pihak koperasi dilihat dapat membantu menangani isu kekurangan minyak masak, dalam kes kekurangan gula misalnya pada tahun lalu, pihak koperasi yang diberi peluang menjadi pengedar gula didapati berjaya menangani masalah itu,"katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama 200 ketua cawangan Pemuda, Wanita dan Puteri serta Jawatankuasa UMNO Bahagian Bera hari ini.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera berkata, ketika ini terdapat 221 syarikat pembungkus dan pengedar minyak sawit yang diberi lesen oleh MPOB.
Ismail Sabri diminta mengulas saranan Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah, semalam supaya koperasi turut diberikan lesen berkenaan.
Mengenai kekurangan minyak masak yang dilaporkan media ketika ini, beliau berkata sejumlah 14,000 tan metrik bekalan tambahan telah diedarkan di seluruh negara bagi mengatasi masalah tersebut. - BERNAMA
Ok bro ...
ReplyDelete