Minda Hijrah Headline Animator

Friday, January 28, 2011

Interlok akan diubah - 'Win - Win Situation' ?

Interlok, novel karya Sastarewan Negara bakal diubah sedikit dari kandungan asal. GAPENA yang dahulunya begitu hebat dan gagah sehingga merancang 'perarakan keranda' bagi membantah PPSMI tetiba menjadi 'syaitan bisu'. Begitu juga dengan tokoh-tokoh bahasa dan sastera yang begitu lantang berkokok di pentas pembangkang. Atau golongan ini hanya menjadi alat politik pembangkang khususnya Pakatan Rakyat.

Kelab Chedet juga membincangkan isu ini dilaman portal kami.

Blogger UMNO Reform mengulas lanjut tentang tindakan 'win-win sitation' kerajaan dalam menangani isu Interlok. Saya amat bersetuju dengan pandangan beliau.



Sumber: http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=891&Itemid=58
Novel Intelok akan di ubah PDF Print E-mail
Written by Webmaster   
Friday, 28 January 2011
Tan Sri Muhyddin – akan buat pindaan dalam novel Interlok – laporan The Star http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/1/27/nation/20110127155605&sec=nation


Satu kemenangan buat Hindraf – bukan buat rakyat Malaysia keseluruhan dan bukan untuk masyarakat India juga. Sekiranya ini dilakukan – maka Interlok bukan Interlok asal malah ada novel pindaan yang sepatutnya mendapat tentangan dari penulisnya sendiri Abdullah Hussain. Novel yang mengisahkan tentang nilai kemasyarakatan disifatkan oleh segelintir India sebagai rasis dan menghina mereka dengan penggunaan perkataan Paria. Novel ini mengkritik sikap – memuji sikap dan memberi nilai kemasyarakatan yang amat tinggi dalam konteks masyarakat berbilang kaum. Namun akibat niat dan tujuan tertentu – Novel ini akan dipinda lantas menghilangkan nilai-nilai ciptaan penulis yang menyampaikan mesej menurut kaca mata dan penganalisisan beliau sendiri.

Novel ini mengkritik Melayu, memuji Melayu, mengkritik Cina dan memuji Cina dan begitu juga India. Novel ini tidak pernah mencipta terminologi PARIA – malah PARIA adalah satu realiti yang ada dalam sosial struktur masyarakat India di India. Apa yang nampak ialah perjuangan Hindraf dan perjuangan ini seakan direalisasikan oleh TPM sebagai satu bukti keprihatinan kerajaan namun – bagi www.umno-reform2.com itu bukan bukti keprihatinan malah seakan tunduk kepada kelompok yang mahukan sesuatu anjakan. Malah tidak keterlanjuran untuk mengatakan pindaan akan dibuat – satu petunjuk KETEWASAN.  

No comments:

Post a Comment