http://www.pribumiperkasa.com/?p=4434
PERKASA berasa sedih dengan keputusan kementerian untuk meminda sedikit isi kandung buku interlok petang tadi.
Boleh dikatakan keputusan ini merupakan satu peristiwa yang sangat malang kepada penulis yang juga seorang sasterawan negara dan kepada orang Melayu amnya. Novel yang di terbitkan itu sudah lebih 40 tahun dahulu. Sepatutnya jika dirasakan ianya tidak sesuai, batalkan saja penggunaan buku novel tersebut. Gantikan dengan buku novel lain.
Ianya bukan seperti buku pelajaran lain yang didapati ada kesilapan dan kemudian diguna semula setelah diperbetulkan. Novel bukan Al-Quran untuk orang Islam yang tidak boleh ditukar tukar sama sekali ayatnya.
Demi perpaduan perlu juga difikirkan secara mendalam kalau perlu ditarik balik demi perpaduan, tariklah. Tapi adalah satu tindakan tidak bermoral jika penarikan semula penggunaannya adalah demi kepentingan politik pihak terbabit.
PERKASA percaya tarik balik dan gantikan dengan buku lain demi perpaduan bukan demi kepentingan politik akan diterima semua pihak. Ini novel hasil penulisan seseorang. Sangat tidak betul kalau diubah apa apa kandungannya jika tanpa kerelaan penulisnya. Ini satu percabulan. Menurut satu kenyataan dari SMS oleh Setiausaha Agung PERKASA Sdr. Syed Hassan.
Jika dipersetujui oleh penulisnya, PERKASA berasa malu bagi pihak orang Melayu. Selain itu, apa yang ada dalam novel tersebut tidak bermaksud menghina mana mana kaum. Malah perkataan “Paria” ataupun kasta “Paria” itu sendiri memang ada sehingga sekarang. Sejak dahulu mereka yang dari kasta ini dibawa masuk ke Tanah Melayu telah mendapat pekerjaan walaupun bekerja di ladang ladang Inggeris di sini sudah tidak boleh dipanggil ‘”Paria”‘ lagi kerana mereka sudah jauh lebih baik dari mereka yang masih berada di kasta ini di tanah besar India ketika itu dan sekarang.
Jika masih wujudnya kasta “Paria”, ianya adalah DILEBELKAN OLEH MASYARAKAT INDIA SENDIRI bukannya kaum lain.
Mereka sekarang yang berada di sini tidak boleh dipanggil “Paria” lagi kerana kehidupan mereka jauh lebih baik. Lainlah India yang kaya nak panggil kepada bangsanya yang kurang berada. Apapun masyarakat MUDA kaum India juga perlu tahu SEJARAH kasta-kasta dalam keturunan mereka dahulu.
Itu memang wujud dan jika ada yang terdapat di mana mana buku sejarah atau penulisan, ianya bukan ada niat hendak menghina mana mana pihak.
Adakah Hindraf dan MIC akan hapuskan perkataan “Paria”? Dulu mendiang Tan Sri Pandithan mengakui dirinya dari kasta “Paria” dan dipecat dari MIC atas pelbagai tuduhan.
Ada juga orang india di sini mengaku mereka dari kasta itu. Perlu ingat sejarah tidak boleh dipadam. Sejarah lanun sesetengahnya menjadi Sultan juga tidak boleh dipadam dan pernah ada dalam buku sejarah sekolah. Sultan Sultan tidak marah pun.
Apapun ini kenyataan awal PERKASA. Dan kenyataan rasmi sepenuhnya akan dikeluarkan selepas mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi PERKASA tidak lama lagi.
Demikian mengakhiri sms dari Syed Hassan Syed Ali S/U Agung PERKASA kepada pribumiperkasa.com
Kita ada mendengar bahawa kemungkinan 'pindaan' berkenaan merupakan hanyalah nota kaki untuk menjelaskan maksud frasa. Seharusnya kemungkinan besar tiada perubahan pada frasa dalam novel berkenaan.
ReplyDelete