Islamic Fashion Festival (IFF)
Isu Islamic Fashion Festival begitu hangat didendangkan sepanjang dua minggu ini apabila bloggers pembangkang memutar belitkan fakta dengan mengeluarkan FITNAH terhadap DS Rosmah Mansor, kerajaan dan UMNO. Ramai kalangan blogger pro kerjaaan telah menjawab dan membetulkan fakta-fakta yang diputarbelitkan. Ustaz Fathul Bahri, penasihat agama IJN juga menegur cara pembangkang memainkan isu ini. Beliau kini sudah menjadi sasaran maki hamun.
Hab hiburan dalam ETP
Isu hab hiburan yang merupakan sebahagian kecil dalam ETP menjadi tajuk utama Malaysiakini sedangkan ETP merangkumi skop yang cukup luas. Armand PERKASA memberi kenyataan yang selari dengan apa yang dibentangkan dalam ETP.
http://www.malaysiakini.com/news/146562
"Sebab itu lebih baik disediakan hub untuk operasi bagi memenuhi minta 'mereka' yang sebegitu di suatu tempat yang khusus," kata ketua Wiranya Arman Azha Abu HanifahJika dirujuk dalam laporan ETP, apa yang ditulis berkaitan isu ini ialah demarcating dedicated entertainment zone..... to cater to foreign visitors ' bermakna membuat entertainment zone khusus yang jauh dari resident zone untuk pelancong asing.
Nah! lihat sendiri putarbelit yang dibuat pembangkang - Sedangkan YAB Menteri Besar Kelantan sendiri meluluskan LESEN ARAK bagi menghormati bangsa lain.
Akhir sekali, renungi pandangan Nordin, Exco Kelab Chedet Malaysia
http://www.kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3691&postdays=0&postorder=asc&start=30
Perkara ini aku kira sangat subjektif, yang pasti kita tidak boleh memaksa (imposed) larangan agama kita terhadap orang lain kerana orang lain juga mempunyai hak yang sama untuk memilih mana yang baik berdasarkan kepercayaan mereka.
Jadi pada aku, tak kisahlah dia nak buat untuk foreigners ker atau orang tempatan ker, yang penting kita ada pilihan untuk tidak pergi ke situ jika kita tidak mahu. Masaalah dengan orang kita ni, kita suka sangat menyalahkan unsur luaran daripada menyalahkan diri sendiri. Tak ada siapa pun boleh paksa kita pergi kesitu jika kita sendiri tidak mahu, tapi kalau hati dah mahu, jangankan di Malaysia, diluar negara pun ramai rakyat Malaysia yang pergi. Tak payah pergi tengok jauh, tengok saja kat Hatyai tu, orang Melayu jugak yang lebih ramai kesitu, adakah kita nak menyalahkan kerajaan Thailand kerana buka pusat hiburan disitu, dan yang pergi tu tak salah sebab mereka gagal menahan hawa nafsu mereka???
Mengapa perlu di buka lorong ke arah maksiat?
ReplyDeleteNabi menyebut :
حُفَّت الجنة ُبالمكاره و النارُ بالشهوات
"Lorong ke syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu), dan lorong ke Neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu". (Riwayat Abu Daud & Ahmad, Albani : Sohih )
Lalu mengapa dibuka luas lorong nafsu itu?