Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, December 9, 2014

Kelab Chedet - JATA YANG HEBAT UNTUK NEGARA YANG HEBAT



Setiap negara memiliki “Jata” atau “Coat of Arms” yang digunapakai oleh pasukan tenteranya bagi menandakan kekuasaan dan kehebatan sesebuah pasukan tersebut. Begitu juga dengan pasukan tentera dari negara-negara Islam.

Diantara “Jata” atau “Coat of Arms”yang diguna pakai oleh pasukan tentera negara Islam di dunia kini, ramai mungkin terlepas pandang akan keunikan yang terdapat pada “Jata” pasukan tentera Malaysia.

Jika dibandingkan “Jata” atau “Coat of Arms” antara negara-negara Islam, hanya pasukan tentera Malaysia menggunapakai kalimah Allah dan Muhammad saw pada “Jata” atau “Coat of Arms” mereka.
Agaknya, diatas faktor inilah kenapa bumi ini senantiasa mendapat keberkatan dari Allah swt walaupun pelbagai cara pihak musuh cuba melemahkannya. Cuba kita perhatikan.

Walaupun Belanda dan Inggeris berjaya meliberalkan bumi Indonesia dari negara beraja menjadi negara republik yang tiada lagi pautan pada Islam didalam Pancasila mereka, pihak asing tidak berjaya melakukan sedemikian semasa mereka menjajah Tanah Melayu. Malahan, bumi ini redup dengan puluhan ulamak yang datang dari jauh dan dekat dari dahulu hingga kini.

Bumi ini juga masih berjaya mempertahankan sistem beraja nya kerana fungsi Raja sebagai Ketua Agama Islam. Walhal, di sekitar Nusantara dahulu kala, bumi ini dipenuhi Raja dari Champa hingga ke Tanah Jawa. Kini, yang tinggal hanya di Malaysia.

Dari sudut geografik pula, bumi ini senantiasa terlindung dari bala bencana atau musibah yang teruk walhal ianya amat hampir dengan kawasan gunung berapi “‘Ring of Fire”.

Dari sudut pembangunan pula, Malaysia boleh dikatakan antara negara yang berjaya berdiri diatas kaki sendiri tanpa perlu melutut pada pihak Barat. Tidak banyak negara Islam diluar sana yang mampu meniru kemajuan negara ini di pelbagai bidang dari perbankan Islam hinggalah pengurusan Tabung Haji nya. Malaysia tidak seperti dunia Islam yang lain dimana terlalu bertaut kepada dunia Barat untuk kemajuan sehinggakan kehilangan maruah dan jatidiri mereka.

Begitu juga dari sudut sosial dan kemasyarakatan. Negara ini bagaikan memuntahkan rezeki yang memberkati keseluruh penduduknya termasuk mereka yang pendatang dari sebelum merdeka hingga kini. Bagaimana mungkin negara sekecil ini dapat memberikan rezeki kepada 6 juta pendatang haram pada ketika ini? Itulah namanya bumi bertuah.

Sudah pasti, bumi yang bertuah ini akan terus menghadapi ancaman dari luar dan dalam terutamanya dari sudut agama. Ini adalah kerana mereka tidak membiarkan bumi ini menjadi negara contoh pada negara Islam yang lain. Hebatkan Malaysia ku ini!

Maka, janganlah kita rosakkan keberkatan yang telah diberi sekian lama kerana yang bukan Islam juga mendapat manafaatnya.
Dan, jangan diasak pula Melayu ini secara berlebihan, takut terbangunnya nanti harimau yang sedang lena tidur.

Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan untuk bumi tercinta ini. Demi Agama, Bangsa dan Negara.

Dari Shakespeare of Malaya

- Penulis adalah Naib Presiden Kelab Chedet Malaysia
- Sumber artikel dan komen pembaca di FB KCD

1 comment:

  1. Setuju dengan penulis, Rahmat Allah yang terus bertebaran tidak disyukuri oleh mereka yang buta hati dengan politik duniawi yang sesat. Pasial dan Pakatan Haram hanyalah dedalu penumpang ke atas sekalian nikmat hidup di Malaysia. Lebih baik mereka ini disambar petir dan mati layu buat selamanya daripada menjadi duri dalam daging yang menyakitkan sekalian jiwa yang merasai kehidupan dalam syukur yang tidak terhingga..

    ReplyDelete