Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, February 25, 2014

Kelab Chedet : Isu Air Selangor - Kisah Sebenar Keangkuhan Khalid Ibrahim & Pakatan Rakyat



Beberapa tahun yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor melalui MB Khalid Ibrahim serta Exco-Exconya mendabik dada bahawa tidak akan berlaku sebarang krisis air menjelang 2014. Khalid juga bertegas bahawa berdasarkan pertumbuhan penduduk, jumlahpenggunaan air dahulu dan sekarang dan kapasiti pengeluaran air, bekalan air yang sedia ada sekarang ini mampu menampung keperluan di Lembah Klang sehingga 2019 dalam apa-apa pun keadaan. 


Berbeza dengan kajian dan ramalan SYABAS dan ramai pakar air tempatan yang menunjukkan bahawa Selangor bakal berdepan krisis air menjelang 2014 sekiranya pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 bagi memproses air yang bakal dipindahkan daripada Pahang ke Selangor, tidak diteruskan. 


Puak pembangkang mendakwa isu ini hanya propaganda dan rekaan dari UMNO dan BN. Mereka tetap bertegas sehingga hari ini bahawa bekalan air masih mencukupi sampai bila-bila cuma kononnya SYABAS yang sabotaj. Mereka tuduh orang lain yg percaya Selangor berdepan masalah kekurangan sumber air sebagai bodoh dan ditipu oleh UMNO dan BN. Haha...

Semalam, Khalid Ibrahim umumkan catuan air di Selangor. Puncanya apa? Puncanya ialah jumlah air sedia ada di empangan di negeri ini tidak dapat bertahan untuk dua bulan akan datang seandainya musim panas terus berlarutan tanpa catuan air.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) juga memaklumkan bahawa bekalan air mentah di negeri Selangor dalam keadaan kritikal sehingga menyebabkan paras air di beberapa empangan menyusut dan mencapai paras berjaga-jaga. 

LUAS ni bawah siapa? Jawabnya Khalid Ibrahim selaku Pengerusi LUAS. http://www.luas.gov.my/

Kerja sediakan sumber air ini bukan kerja SYABAS ya! SYABAS kerjanya hanya berkaitan pembekalan air bersih. Jangan nak kambing hitamkan SYABAS! Sikit sikit SYABAS, sikit sikit SYABAS. Pakai otak sikit la bro!

Kena tahu beza bidang kerja LUAS dan SYABAS. LUAS merupakan badan berkanun Kerajaan Negeri yang menguruskan sumber air seperti sungai, tasik dan perairan pantai di Negeri Selangor manakala Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) yang dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS) merupakan sebuah syarikat swasta yang diberikan konsesi oleh kerajaan untuk menguruskan hal ehwal pembekalan air bersih kepada pengguna sekitar Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.http://www.luas.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=139&Itemid=152

Hari tu Rafizi Ramli menuduh SYABAS punca masalah air di Selangor berikutan penutupan loji rawatan air Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi sejak 28 Januari 2014 akibat pencemaran ammonia di sumber air mentah Sungai Langat.

Padahal tugas memastikan tiada pencemaran pada sungai dan empangan berlaku adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri Selangor.

SYABAS beritahu mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi Ramli kerana telah menfitnah SYABAS dengan kenyataan yang tidak benar sama sekali. Rafizi kemudian kecut perut dan beritahu SYABAS supaya jangan saman sebab membazir masa saja.



No comments:

Post a Comment