Minda Hijrah Headline Animator

Monday, June 10, 2013

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah : Ahmad Bashah sedia lepas jawatan kepada Mukhriz Mahathir


Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah sedia melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, demimemastikan kemenangan di negeri itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).
 
Ahmad Bashah yang berharap Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir akan mengambil alih jawatan itu, juga menyatakan kesediaan membantu Mukhriz bagi memastikan BN terus memerintah Kedah.
 
"Kebiasannya menteri besar yang akan dilantik dan pegang jawatan pengerusi yang baru supaya segala perjalanan politik parti akan berjalan dengan lancar.
 
"Saya akan cuba bantu penerusi baru dengan baik bagi mempertahankan Kedah pada PRU-14 akan datang. Itu perkara paling penting kerana kita tak mahu kalah seperti sebelum ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Kesyukuran BN Parlimen Alor Setar, di sini hari ini.

 
Beliau berkata, bagaimanapun keputusan mengenai pengerusi yang baru akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah memberitahu berdasarkan analisis pilihan raya umum yang lalu, didapati berlaku penambahan undi BN daripada semua kaum.
 
"Jumlah pengundi berdaftar yang keluar mengundi di Kedah adalah seramai 1.041 juta orang, kaum Melayu sebanyak 801,358 undi, Cina sebanyak 157,962 undi, India sebanyak 66,000 undi dan kaum lain sebanyak 16,000 undi," katanya.
 
Jumlah pengundi yang keluar mengundi daripada anggota Umno ialah 95 peratus,kaum Melayu atas pagar (50 peratus), pengundi muda (50 peratus), pengundi India(65 peratus) dan pengundi Cina lima peratus.
 
"Jumlah pengundi muda meningkat sebanyak 30 peratus jika hendak dibandingkan pada 2008 lalu dan ini menunjukkan segala manifesto yang dijanjikan oleh Perdana Menteri diterima baik oleh pengundi muda," katanya.
 
Beliau berkata, bagi mendapatkan semula kepercayaan terutama daripada kalangan pengundi Cina, perancangan di peringkat kebangsaan, negeri dan pusat akan dibuat mulai sekarang. 
 

No comments:

Post a Comment