Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, May 2, 2013

#PRU13 - Anwar Ibrahim penipu besar, hanya bercita-cita jadi PM - Tun Dr. Mahathir



Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertanggungjawab menerima kemasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam UMNO sehingga membolehkan pemimpin parti pembangkang itu mendaki ke jawatan Timbalan Perdana Menteri disifatkan sebagai seorang penipu besar.

Bekas Perdana Menteri berkata, orang seperti Anwar nyata mementingkan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup memburuk-burukkan parti yang pernah mengangkatnya sehingga menjadi pemimpin nombor dua dalam parti dan negara.

"Dia penipu besar kerana berjaya tipu saya. Sebab saya tidak mudah ditipu tetapi (Anwar) adalah manusia yang pandai. Kata hendak masuk UMNO, saya tengok dia warak, boleh jadi imam dan baca khutbah dan ada janggut sedikit.

"Saya hairan dia cukup warak nampak mirip keIslaman tentu pilih Pas bukan UMNO tetapi minta masuk UMNO, eloklah bagi imej baik kepada parti,'' katanya ketika berceramah dalam program Amanat Negawaran Tun Dr. Mahathir Bersama Rakyat Shah Alam di Seksyen 6 di sini malam tadi.

5 comments:

  1. HANYA PAKAIAN DILUAR SAJA...GAP MOHON DIPANJANGKAN...SEANDAINYA BN DIBERI KEMENANGAN YG BESAR (MUDAH2AN, INSHAALAH.. AMIN..) RAIKANLAH KEMENANGAN DENGAN SUJUD SYUKUR...JGN MELOMPAT2 KEGEMBIRAAN MCM PUAK YG SANA PLK...

    ReplyDelete
  2. dok cerita kena tipu saja , yang dia tipu berkandaq

    ReplyDelete
  3. isk ish iskh masih dok harap umnobn menag,,,jahil nya hampa nuuu,,kesiannnn

    ReplyDelete
  4. Kalau difikirkan DSAI hanya nak jadi PM...rasa-rasanya DSAI tidak akan bodoh untuk bertindak membangkang Tun Mahathir. Lebih baik dia ikut sahaja kemahuan Tun masa jadi TPM dulu lebih senangkan. Sampai masanya Tun bersara, DSAI akan jadi PM secara otomatik. Tapi DSAI bukan jenis yang menyokong membuta tuli, yang tak betul dia akan bangkang habis-habisan waima sampai dia dipecat dari jawatannya. Jadi fikir-fikirkanlah... nak pilih pemimpin yang dapat dicucuk hidung atau pemimpin yang benar-benar ikhlas memperjuangkan keadilan kepada semua rakyat. Malaysia sebenarnya negara yang kaya-raya jika diuruskan dengan bertanggungjawab. Tapi sebaliknya hampir 11 juta lebih yang terpaksa dibantu dengan BRIM 1 dan 2.0 Maknanya apa... lebih 11 juta rakyat Malaysia tidak berupaya menanggung kos sara hidup yang semakin mencengkam. Apakah kita percaya dalam tempoh 6 tahun lagi wawasan 2020 yang diwar-warkan itu akan tercapai!!! Mampukah kita menjadi rakyat yang berpendapatan tinggi seperti yang dilaung-laungkan. Kalau mampu pun tidak akan memberi makna jika harga barangan keperluan meningkat melebihi peningkatan pendapatan kita. Bandingkan pendapatan RM1,000 pada 10 tahun lalu dengan RM2,000 pada masa sekarang. RM1,000 untuk 10 tahun lalu lebih bernilai daripada RM2,000 pada masa sekarang kerana harga barangan 10 tahun lalu lebih murah.

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya, kita sebagai rakyat malaysia harus bijak memikirkan hala tuju negara kita. Bukan menghina orang lain atau mengutuk sesama manusia. Itu tidak baik...berdosa!!! Bayangkan kita dilahirkan di muka bumi ini adalah untuk menjalani kehidupan abadi. Untuk mencari sesuatu yang bermakna. Bukan untuk menentang satu sama lain. Kita harus bersatu. kita manusia akan berakhir dengan kematian, tiada yang hidup selama-lamanya. Pilihan selepas mati, syurga atau neraka. Segala kebaikan dan keburukan yang telah kita lakukan semasa hidup akan dinilai samaada masuk yang baik atau buruk, maksudnya neraka atau syurga. Terima kasih.

    ReplyDelete