Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, May 19, 2013

Hasut Gulingkan Kerajaan, ADAM ADLI DIREMAN LIMA HARI



Aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim telah ditahan reman selama lima hari sehingga 23 Mei ini atas dakwaan menghasut.
 
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh berkata, perintah reman itu bagi membantu polis menyiasat Adam bersabit kenyataan yang dibuat dalam satu forum yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, 13 Mei lalu.
 
"Beliau telah ditangkap di Bangsar pada 03:15 pada hari Sabtu di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan berhubung kenyataan yang dibuat dalam forum itu," katanya.
 
Saksi awam melaporkan Adam telah ditangkap  oleh kira-kira sepuluh anggota polis berpakaian biasa di luar sebuah kedai runcit di Bangsar dan di bawa dengan kenderaan pacuan empat roda ke pusat tahanan polis di Jinjang.
 
Adam pernah bertindak biadap menurunkan bendera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di luar ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra pada tahun 2011.

 
Beliau yang merupakan penuntut  Universiti Pendidikan Sultan Idris digantung tiga semesta bermula  9 Jan tahun lalu yang akan berakhir pada bulan September.
 
Sementara itu media melaporkan Sepasukan polis hari ini membawa Adam Adli ke satu pejabat yang sering dikunjungi aktivis pelajar tersebut di Bangsar Utama, Kuala Lumpur untuk mengesan bahan bukti berhubung siasatan yang dijalankan ke atas anak muda itu.
 
Seramai lebih 10 orang anggota polis berpakaian preman tiba di pejabat tersebut, yang terletak di tingkat atas di deretan rumah kedai itu, pada kira-kira jam 4.15 petang ini.
 
Adam, yang bergari dan dikawal ketat anggota polis, kelihatan letih tetapi ceria apabila disapa teman-temannya di pejabat tersebut.
 
Beliau turut dibawa ke satu kenderaan yang digunakan Adam, bagi mengesan bahan bukti tersebut, sebelum beredar kira-kira 20 minit kemudian.
 
Seorang pengerusi jawatankuasa BERSIH, Mandeep Singh, yang turut berada di kediaman tersebut ketika operasi berkenaan berkata, polis bagaimanapun tidak membuat apa-apa rampasan.
 
Bapa Adam, Abdul Halim Abdul Hamid, yang ditemui ketika operasi polis di Bangsar Utama itu berkata beliau berbangga dengan anak lelakinya itu.
 
"Saya dengan keluarga memang daripada dulu tidak pernah sekat dia untuk memperjuangkan kebebasan rakyat, kebebasan akademik dan kebebasan media, asalkan tidak mencetus perkara yang memburukkan keadaan," katanya.
 
Polis kini menjalankan siasatan ke atas Adam mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan.

11 comments:

  1. SEBAGAI PELAJAR KECERMELANGANNYA RENDAH. UNTUK MERASAKAN DIRI HEBAT DAN INTELECTUAL, JADI AKTIVIS POLITIK DGN HARAPAN DIBERI LALUAN MUDAH UNTUK MENDAPAT JAWATAN PENTING DIDLM KERAJAAN PEMBANGKANG. INI DIA MERITROCRACY MELAYU.

    ReplyDelete
  2. hahaha...... bapak dia bangga ehhh.....

    nak kan kebebasan ehh...

    kebebasan pala atokk ko....

    sbb bapak dia pon 2x5 ... tepaksa wa guna pala atuk dia plakk...hehehe

    ko nak bebas sokong lgbt supaya anak cucu cicit melayu bleh seronok sontot sana sini ehh...

    ko nak bebas maki hamun sesiapa ko suka kat universiti tu ehhh...

    ko nak bebas media sehingga bleh hasut benci raja2 melayu ehhh...

    hebattt kepala ko anak beranak....

    dulu zaman hisam auww blehh laaa.... skrg ko silapp laaa....

    aku nak tgk nuar jubb bleh tolong ko takk...sivarasa bleh tlg ko ke.... tian chuak lehh tlg ke..

    padannn muka ko bdak kecikkk..... ko jumpa muka dgn sepatu lepas ni...

    hehhh..... ekekekke

    ReplyDelete
    Replies
    1. bapa dia tak tahu didik anak,macam mana nak didik anak dgn baik,dia sendiri tak tahu mana yg betul mana yg salah.Al JUbori tu penjenayah seks,pun dia tak faham-faham lagi.

      Delete
  3. Macam ni punya bapak pun ada di dunia ni

    ReplyDelete
  4. MALAYSIA


    Nama Malaysia adalah cantuman dari nama 3 suku kaum yang terbesar iaitu;

    MALAY dari suku Malay atau Melayu

    S dari suku kaum Chinese atau China, dan

    IA dari kaum India.

    Dari 8 aksara yang mewujudkan nama MALAYSIA;

    5/8 @ 62.5% adalah dari Melayu,
    1/8 @ 12.5% adalah dari Chinese dan
    2/8 @ 25% adalah dari kaum India


    Ternyata Malay mendominasi didalam nama Malaysia itu sendiri.
    Manakala Chinese Cuma menyumbang separuh sahaja daripada apa yang disumbangkan oleh India.

    Justeru, Malay adalah Tuan kepada PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ini.

    ReplyDelete
  5. macam ni nak jd pendidik?? yakin ka anak didik dia nanti boleh jadi insan?

    ReplyDelete
  6. meroyan sebab bang NON dah lama x sentuh lubang jamban dia kot he..he..he

    ReplyDelete
  7. jika ini la muka seorang guru...awal2 lg aku hantar anak ku kesekolah lain...bimbang dijangkiti virus bodoh sombong dn hasutan dari ckg bodoh ni...lubang belakang lama xkena kut....

    ReplyDelete
  8. Tak berapa cerdik nampaknya budak ni....

    ReplyDelete
  9. korang mengata je lebih, korang tu brani sgt ke?? hakk tuihhh!!!.....pegi jahanam la korang.....pengecut..!!

    ReplyDelete
  10. negara elok2 aman damai nak wat huru-hara.apalah sengal sangat.yang nyokong pun satu hal...bodoh.demonstrasi jalanan konon ...tumbangkan kerajaaan...bodohnye....ko nie..adam adli kecik2 dulu termakan taik kot...tu yang bangang sangat tu...

    ReplyDelete