Minda Hijrah Headline Animator

Monday, April 29, 2013

Saya sedia bela Che Johan - Tun Dr Mahathir



Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaannya membela Che Johan Che Pa jika beliau dibicarakan oleh Lembaga Disiplin Umno kerana tidak menyerahkan borangnya sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Pasir Mas pada hari penamaan calon, 20 April lepas.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau sedia berbuat demikian kerana mengagumi pengorbanan dan perjuangan Che Johan bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Bebas dan Pas, yang boleh menyebabkan kerusi itu jatuh ke tangan pembangkang.

"Saya lawyer yang tidak ada kelulusan tapi kalau nak argue boleh juga. Saya berpendapat bahawa bukan sahaja dia (Che Johan) tidak salah, bahkan saya hendak tengok lebih ramai orang lagi berkorban demi kebaikan parti bukan untuk diri sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra di perkarangan rumah Che Johan di sini hari ini.

Pilihan raya umum Ahad ini akan menyaksikan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Datuk Ibrahim Ali, yang mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket Bebas, dicabar Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.


Terdahulu, dalam ucapannya di hadapan kira-kira 500 penduduk, Dr Mahathir berkata ramai yang kecewa kerana tidak terpilih menjadi calon dan terus melupakan jasa parti serta membuat tindakan tidak bertanggungjawab.   

Sebaliknya, Che Johan masih meneruskan usaha untuk memastikan kerusi parlimen Pasir Mas tidak terlepas ke tangan Pas, katanya.

"Apa yang kita tengok sekarang ini, banyak yang berkorban demi kepentingan diri sendiri. Tidak dapat satu, mereka korbankan semuanya," katanya.

Turut hadir pada majlis itu isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Ibrahim serta calon-calon BN bagi Dun Tendong Datuk Hanapi Mamat, Dun Pengkalan Pasir Tuan Anuwa Tuan Mat dan Dun Chetok Aimi Jusoh. - Bernama

4 comments:

  1. Bab tindakan Che Johan memang patut disokong oleh BN demi kemenangan BN sendiri.

    Tapi yang lain sayang ramai yang terlepas jawatan Senator, Setiausaha Parlimen, Setiausaha Kerja Exco, CEO GLC, Duta selain pemenang tender kerajaan negeri selepas PRU ini. Hanya kerana membelot kepada parti dan menjadi calon bebas atau sokong pembangkang kerana tidak dicalonkan sebagai calon ADUN atau MP. mereka menjahanamkan karier politik sendiri. Terlajak tindakan, malu dan rugi sendiri. Ni kesian ke atau bodo ker?

    ReplyDelete
  2. Kes che johan ni bukan kategori kianat parti tapi mengutamakan parti dari kepentingan diri bayangkan kalau pertandingan 3 penjuru : 40 peratus penyokong pas tetap mengundi pas, 60 peratus penyokng bn terbahagi dua 30:30 dan pemenangnya memihak kpd pas.

    ReplyDelete
  3. betoii tu....wa sokong che johan....tp denda la mang gantung keahlian 3 hari....lepas tu automatik reinstate...ekekek

    ReplyDelete
  4. DAP lagi pandai. Bila salah kena hukum lepas sehari mohon ampun, lepas tu terima balik.

    Biasalah. Kalau UMNO buat macam ni tentu kena spin punya.

    ReplyDelete