Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, April 11, 2013

#PRU13 Tukang Kebun Jadi mangsa Pembohongan & Fitnah Mahfuz 'SPM' Omar


Baru baru ini si Mahfuz Omar PAS Pokok Sena telah diperkudakan oleh cina Dap Kedah mendakwa kononnya tukang kebun di Wisma Darul Aman seorang pendatang dari Myanmar mempunyai IC biru dan diberi kerakyatan oleh BN..

Namun semalam Tuan punya badan sediri telah hadir menjelaskan bahawa beliau adalah warga negara Malaysia yang dilahirkan di Pengkalan Kundor, seperti dibawah,

Seorang tukang kebun di Wisma Darul Aman terkejut apabila dituduh pendatang asing dari Myanmar dan menerima taraf kewarganegaraan secara tidak sah bagi membolehkannya mengundi dalam beberapa pilihan raya umum lalu.

Ramli Ahmad, 48, berkata, tuduhan itu adalah fitnah dan tidak benar sama sekali kerana dia dilahirkan di Pengkalan Kundor, Kedah dan kedua ibu bapanya iaitu Ahmad Syaarie dan Midah Abdullah berasal dari Kemaman, Terengganu.


Menurutnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana pihak berkenaan boleh mendapatkan butiran peribadinya kerana tidak pernah menyerahkan dokumen itu melainkan sewaktu memohon bantuan ketika menghadapi bencana banjir.

“Semasa saya berada di rumah kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, seorang rakan menunjukkan satu akhbar Cina menyiarkan saya pendatang asing dari Myanmar pada tahun 1993 sedangkan saya memiliki kad pengenalan secara sah.

“Disebabkan tidak puashati dengan kenyataan ahli parti politik itu saya kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam11.44 malam, bagi membolehkan polis membuat siasatan lanjut,” katanya kepada media di pejabat MCA, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Sulit Menteri Perumahan dan dan Kerajaan Tempatan, Loh Eng Chong.

Ramli berkata, sebelum ini dia pernah mengundi kali pertama pada Pilihan Raya Umum 2004 di Kuala Perlis dan kali kedua pada 2008 di Alor Setar kerana berpindah tempat tinggal namun, tiada masalah yang berlaku.

“Anak-anak saya seramai lima orang juga menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain mempunyai sijil kelahiran, memasuki sekolah serta yang sulung kini sedang menunggu tawaran masuk ke universiti.

“Walaupun saya anak tunggal dan kedua-dua ibu bapa saya sudah meninggal dunia namun, saya masih ada ramai saudara mara di Pahang. Saya pernah beberapa kali melawat mereka di sana,” katanya.

Menurutnya, dia percaya punca kepada pertikaian status warganegaranya berlaku disebabkan turut memiliki sijil pengesahan perakuan taraf kewarganegaraan yang dikeluarkan pada 22 Disember 1993.

“Saya mendapat sijil pengesahan perakuan berkenaan kerana sijil kelahiran asal hilang dalam satu insiden kebakaran dan sijil itu menjadi dokumen pengenalan sementara sebelum diberikan sijil kelahiran yang baru.

“Tuduhan yang dilemparkan bukan sahaja boleh menjatuhkan maruah saya dan mengaibkan nama baik keluarga tetapi juga menimbulkan persepsi negatif masyarakat,” katanya.

Pakatan Rakyat sudah terdesak sampaikan orang yang tidak bersalah di fitnah oleh mereka yang tamakkan kuasa.


7 comments:

  1. PR dah lama tercium bau kekalahan dlm pru13..jd isu ini akan jd modal untuk salahkan BN bila tersungkur dlm pru kelak...PR==PaaRaahh!

    ReplyDelete
  2. Mat Fitnah Bin HarakahApril 11, 2013 at 2:51 PM

    Pakatan memang kaki fitnah tu sebab dia suka kata orang fitnah pakatan....sikit-sikit fitnah....

    ReplyDelete
  3. tukang kebun pun kena jgk??? hang pa ni memang mangkuk

    ReplyDelete
  4. apa lagi pakcik, saman je mahfuz pandai tahap cipan dan tenok tu !!!
    suka kena liwat dan doggy oleg DAP sebab tu la bangang melambung ....

    ReplyDelete
  5. APA LAGI PAKCIK......BUAT DUIT LA......KALAU KITA SILAP DEPA SAMAN BERJUTA-JUTA.....NI MASA KITA......BUKAN SOAL DUIT.....TAPI SOAL MARUAH.....KITA TENGOK PESURUH SYAITAN TU MAMPU TAK NAK BAYAR SAMAN TU......TAK PAYAH KELUAR DUIT.....PI MANA2 PEGUAM , MINTA TOLONG DEPA......GERENTI DEPA TOLONG......

    ReplyDelete
  6. PQKCIK PERGI JUMPA 'SUKAGUAM', TIADA BAYARAN DIKENAKAN....PASNI PAKCIK BLEH GOYANG KAKI KERANA MENANG SAMAN. SAMAN.....JANGAN TAK SAMAN.

    ReplyDelete
  7. Err... Apa nama anak pak cik yang di sebelah pak cik tu? Cuba pak cik tanya apa nama fb dia... Lau dapat no fon dia saja pun tak apa... Hehehe...

    ReplyDelete