Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung pendirian beliau dan pergerakan itu terhadap tindakan naibnya, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
Beliau membuat kenyataan itu dari Kota Samarahan, Sarawak, setelah menghadiri penamaan calon, Rubiah Wang sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Kota Samarahan.
Berikut kenyataan penuh Shahrizat:
Perkara: Isu Dato' Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia menjadi Calon Bebas Parlimen Kuala Kangsar
Kuching, 20 April 2013 - Saya selaku Ketua Wanita Barisan Nasional merangkap Ketua Wanita UMNO Malaysia, serta semua ahli Wanita UMNO dan BN, rasa teramat kesal dan kecewa di atas tindakan Dato' Kamilia bertanding di atas tiket Bebas di Parlimen Kuala Kangsar setelah beliau tolak tawaran BN untuk bertanding kerusi DUN Bukit Chandan seperti yang diperjelaskan oleh YAB Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO pada 18hb April 2013.
Dato' Kamilia telah buat keputusan ini dengan sendiri sekali gus melanggar peraturan disiplin UMNO dan BN dan akan menghadapi tindakan tegas seperti yang diumumkan oleh Pengerusi BN dan Timbalan Pengerusi BN.
Selama empat tahun, saya telah tentukan dan kemaskinikan satu sistem jentera wanita pilihan raya umum yang sistematik dan mantap untuk Wanita UMNO dan Wanita BN, termasuklah untuk menghadapi apa jua situasi yang luar biasa (contingencies).
Jentera Wanita ini yang dinamakan Jentera Jalinan Rakyat (JR) telah bertugas di semua peringkat, terutama diperingkat akar umbi dengan baik, penuh komitmen dan Kesetiaan kepada perjuangan Parti, walaupun menghadapi pelbagai cabaran termasuk tidak dapat peluang untuk menjadi calon. Ini adalah kerana perjuangan mereka ikhlas, tidak pentingkan diri , dan sabar dalam perjuangan.
Jentera Jalinan Rakyat akan berjalan dengan penuh disiplin tidak kira sesiapa pun yang membelot atau mengkhianati parti kerana kepentingan diri sendiri.
Jentera Jalinan Rakyat di Kuala Kangsar berjalan dengan baik di bawah kepimpinan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian yang selepas ini akan memangku jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan semua ahli Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar kerana di saat mereka diduga, mereka menunjukkkan semangat kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada UMNO dan Barisan Nasional, terutama di kala kita menghadapi PRU-13 ini.
DATO' SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
Ketua Pergerakan Wanita UMNO
20 April 2013
Kota Samarahan, Sarawak
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130420/px_153/PRU-13-Kenyataan-penuh-reaksi-Shahrizat-isu-Kamilia-tanding-Bebas#ixzz2R5WEmSx0
© Utusan Melayu (M) Bhd
Malu nak komen pasal Dato Kamilia ni. Rupa-rupanya beliau berkorbanan selama ni tidak ikhlas. Beliau mengharapkan sesuatu yang lebih besar dan tidak percaya kepada ketentuan takdir Allah
ReplyDeleteSharizat ble cakap ler... RM250juta dah kena rembat. Org lain apa yg dapat pun?
ReplyDeleteDapat kena main bontot oleh Anwar Peliwat Tegar mcm ko!!
DeleteLembu dan mengembooo. Dalam hati punyalah suka pasal musuh yg nak rebut jawatan ketua waniboo dah tumbang. Wanita umno lain bila lagi nak ikut langkah Kamiliaa. Fikir-fikirkan , wanita tiada tempat dalam umno kecuali yang bertaraf macam Sha lembu
ReplyDeleteKo memang Anak Haram Sial!!
DeleteKau perasan tak, mereka2 yang comment dari cara bahasa dan lengguk tulisan adalah orang2 yang sama. Aku difahamkan bahawa pakatan telah membayar dan mengupah kumpulan tersebut untuk memberi comment menentang blog2 pro BN melihatkan bahawa rakyat tolak BN. Mereka akan menyerang blok2 yang panas dan mempunya banyak hits. Pada hakikatnya mereka hanya berkerja dari pagi hingga malam duduk didepan komputer dan memberi pandangan negatif, provokatif, lucah dan kebudak2an. Menentang apa cara sekali pun.
ReplyDeleteBukan tak ada pembaca yang beri komen secara negatif tapi tak ramai. Yang ramai adalah dari pembaca upahan.
betul tu,,,,,.
DeleteAku setuju Bro!!
DeleteMemang dorang ni sial sanggop jual Agama dan Bangsa untuk kepentingan peribadi!!
Manusia tidak boleh lari daripada perasaan bongkak, rasa terlalu bagus dan pentingkan diri sendiri. Daripada kes pemilihan ketua wanita dulu lagi dia sudah mula tunjuk belangnya tetapi belang yang ketara dia nak kan sangat kuasa adalah sewaktu kes NFC baru ujud dengan meminta shahrizat mengundur diri…bagi membolehkan dia memangku jawatan nombor satu Wanita.
ReplyDeleteJelas sekali sikap gila kuasa ini makin membara pabila dia mau dilantik sebagai wakil parlimen sedangkan Najib sudah menawarkan beliau sebagai calun Dun di Bkt Chandan supaya sekiranya dia menang, dia boleh dilantik menjadi Adun Negeri. Dia menyatakan dia boleh memberikan pendapat didalam membangunkan kerajaan sekiranya dia dilantik menjadi MP…alangkah bodohnya dia ni walaupun saorang yang terpelajar..tidak terfikirkan dia bahawa dia mempunyai akses dan platform yang luas bagi memberikan apa sahaja cadangan membina disebabkan jawatan nya adalah sebagai orang nombor dua didalam wanita UMNO. Segala pandangan dan pendapatnya boleh disuarakan didalam mesyuarat bersama ahli majlis tertinggi UMNO ataupun BN.
Tapi elok juga dia mengeluarkan belangnya sekarang daripada menjadi parasit didalam UMNO..selamat berjuang diucapkan ataupun nama Kamilia akan ditenggelamkan didasar sungai perak.
kamilia ni spesis anwar brahim juga..zahir dan batin dia tak sekata..
ReplyDeleteElok Rafidah balik semua memimpin wanita terbukti berkesan.
ReplyDeletePERSETANKAN SI KAMALIA TU NAK BERTANDING BEBAS, YG PENTING PASTIKAN BN MENANG DAN HILANGKAN WANG PERTARUHAN BETINA TERSEBUT, CAKAP MACAM LIDAH BIAWAK BERCABANG.
ReplyDeleteBN bakal TUMBANG !
DeleteBersatu kita bersatu, tumbangkan UMNO yg menipu...,
ReplyDeleteMaju kita maju, satu matlamat yg kita tuju..
saya seorang ahli UMNO tetapi bagi saya ttg kes ni kamilia merasakan maruah wanita tercabar kerana beliau merupakan orang ke 2 tertinggi dalam Wamita UMNO tetapi dilayan seperti orang yang berada di peringkat bawahan ,walaupun saya ahli UMNO saya merasakan tindakan Najib pada beliau adalah tidak wajar.
ReplyDelete