PAS harus berhenti daripada berjanji melaksanakan hudud kerana jelas parti itu tidak akan mampu berbuat demikian walaupun jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, kata bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
"Jika sekiranya PAS menang semua kerusi pun, PAS tidak boleh buat hudud ini, ianya tidak cukup. Hudud ini bukan keutamaan sebenarnya seperti yang turut disebut oleh beberapa pemimpin PAS," katanya kepada Antarapos.
"Jadi PAS dan DAP telah terperangkap dalam membincangkan perkara yang bukan keutamaan, termasuk jugalah PKR. Itu menunjukkan tidak cukup kebijaksanaan mereka di dalam berpolitik pada musim pilihan raya ini,” tambah Asri.
"Benda yang mereka bincang ini ialah benda yang mereka tidak boleh buat, kalau BN menang pun tidak akan buat hudud dan kalau Pakatan Rakyat menang pun tidak akan buat hudud, itu adalah realitinya," katanya.
Asri memuji Barisan Nasional yang dilihat lebih arif bersabit hukum hudud.
"Umno tidak akan bincang perkara yang dia tidak boleh buat tetapi tiba-tiba Pakatan Rakyat ini pergi mencadangkan benda yang dia tidak boleh buat, itu bezanya BN dan Pakatan Rakyat," katanya.
Semalam Pengerusi DAP Karpal Singh dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR menolak undang-undang hudud PAS sebagai bercanggah dengan perlembangaan negara dan akan mencetuskan huru hara jika dilaksanakan.
Mereka berkata demikian setelah Timbalan Mursyidul PAS Datuk Haron Din sekali lagi memberi ketetapan PAS akan memperkenalkan undang-undang itu jika pembangkang mengambil alih Putrajaya.
Asri membayangkan PAS silap langkah dengan menjadikan isu hudud sebagai modal untuk menarik undi Melayu.
“PAS ini kita lihat kekurangan modal. Selama ini Umno tidak pernah menggunakan isu hudud tetapi dia dapat meraih sokongan orang Melayu tetapi kenapa tiba-tiba PAS (fikir) hanya dengan hudud sahaja boleh meraih undi orang Melayu?” kata beliau.
Asri berkata sepatutnya PAS menawarkan rancangan holistik untuk pembangunan ummah yang pastinya akan lebih menarik kepada pengundi Melayu, namun memilih untuk memfokus kepada hudud sahaja.
"PAS boleh mencadangkan dengan buat perkara umpamanya pembangunan pengurusan zakat yang bagus, jadi masyarakat berkasih sayang yang baik dan patutnya ada modul yang PAS rancangkan dan bantuan untuk orang ramai yang lebih baik daripada yang ada sekarang.
"Keadilan sosial di seluruh peringkat nasional dan bawah dan banyak perkara lagi yang PAS boleh wujudkan bagaimana hendak dikembangkan tetapi dia tidak cakap macam itu, dia cakap hudud saja.
"Kalau PAS cakap bagaimana hendak memulihkan remaja agar kembali kepada syariat Islam dan kembali kepada akhlak yang baik pun sudah ramai orang boleh suka kalau dia benar-benar ada satu program yang dia boleh buat untuk rakyat daripada dia sebut mengenai undang-undang yang payah tentang hukuman," katanya.
Asri turut menasihatkan agar PAS tidak berdegil mempertahankan sesuatu yang mereka sendiri tidak boleh melaksanakan.
"PAS ini dia pilih benda sendiri yang keras dan menjadikan dia kelihatan keras oleh semua pihak. Dia dilihat sebuah kelompok yang konservatif macam mana gerakan Islam 80-an yang tidak mahu berubah padahal dia patut cakap banyak perkara," katanya.
NAK TUNGGU KOMEN DARI MACAI2 PAS JAP....
ReplyDeleteitu MAZA sudah UMNO beli daa....
ReplyDeletebodoh sungguh dr falsampah ini. tak layak ko ni jadi org islam dr. maza. kau memperlekehkan usaha sekelompok umat islam yg lain hanya krn ingin dipandang mulis di dunia yg hanya ntah berapa minit shj ko hidup.
ReplyDeleteAlangkah malangnya apabila cendikiawan islam sendiri merasakan hudud adalah omongan kosong dan bukan realiti...kafir laknatullah, tetapi memakai jubah seperti nabi ko ni dr maza. ko ni ibarat munafik si abdullah bin ubai yg sekejap sokong nabi sekejap menjadi penentang nabi di zaman negara islam madinah.
mmg celaka punya maza. kalau nak menentang hukum allah, tak payah menyamar jadi org alim k. ello maza dr yg bodoh, brunei tu kenapa bnoleh laksana hudud? nak tahu jawapannya? sebab brunei tu takde dr falsafah islam yg bodoh mcm kamu ni...mohon allah laknat kamu ini krn belajar islam utk meranapkan islam dari dalam...yahudi keparat kamu ni dr maza
Deleteanon; siapa yg bodoh, ko yg bodohkah atau dr maza yg bodoh? dr. maza bercakap soal realistik. pas bertanding berapa kerusi parlimen? sekiranya menang semuapun, ianya tidak cukup untuk mengubah perlembagaan. penting juga diambil kira pandangan rakan2 pakatan rakyat. adakah dap dan pkr bersetuju? sedangkan dalam kalangan pemimpin pas sendiripun sudah kedengaran bahawa hudud bukan keutamaan (rujuk ucapan hj. hadi, mat sabu, nizar jamaludin, khalid samad dll). dr. maza tidak pernah mengungkapkan bahawa hukum hudud adalah hukum yg tak perlu dilaksanakan secara total. dalam konteks semasa, ada bnyk proses yg perlu dilaksanakan untuk mengimplimentasikan pelaksanaan hudud. soal perlembagaan, penyatuan suara majoriti mp, pemahaman rakyat terbanyak dll. MENOLAK HUDUD dan TIDAK DAPAT MELAKSANAKAN HUDUD kerana kelemahan sendiri atau sistem adalah sesuatu yg SANGAT JAUH BERBEZA. pernahkah bn sebut TOTALLY TOLAK HUDUD? hanya tuan haji nik aziz sahaja yg memandai2 menuduh umno tolak hudud. so, mudah ceritanya korang cepat sgt menghukum individu yg tidak sealiran dgn korang dgn gelaran yg hodoh dan menghina. gunalah akal untuk berfikir dan menilai. andaikan dr. maza menyokong pas, camane korang menilai beliau?
DeleteMulut udoh la baso ore2 pas ni....dh tok guru ngajar keccek udoh,pngikut apa lg...
ReplyDeleteterbaik dr maza. anwar bakal tersungkoq..
ReplyDeleteSiap la MAZA kena belasah ngan cai2 Pas & PKR.....tungguuuuuu!!!!!!!!!!walaupun apa yg dikatakan olh MAZA tu adalah kebenaran,alhamdulillah....
ReplyDeleteTok Guru PAS sajalah yang betul. Ulama dan ustaz dari Madinah dan Mekah pun kalah.
ReplyDeleteBerani kerana benar. Syabas kerana berani menegakkan kebenaran yg dah disongsangkan oleh KUDA TUNGANG DAP.
macai macai pas sudah bersuara. sekolah agama pun x pernah ada hati nk bincang pasal hudud. main cakap lepas. bodoh.
ReplyDeleteUmat umat pas laknatullah
ReplyDeletePeliwat jadi pemimpim dan dipuja.....
Penzina jadi ulamak.....
Munafik jadi ketua ualamat pas
Apa lagi sifat2 syaitan yang umat um at pas tak miliki
Harun din mahukan hudud
Mahfuz , khalid samad hj hadi persetankan hudud
Apa agamasebenarnya anutan umat2 celaka pas niii
Chee jawabbbbbb,, che jawab
saya hormati pendirian Harun Din ingin laksanakan Hudud namun negara Malaysia berbilang bangsa negara yang majmuk rata2 berbilang agama. sebagaimana dalam PR masing2 menjaga hati angotanya sebegitu juga dalam kerajaan pusat menjaga hati setiap ummat yang ada di Malaysia ini..
ReplyDeleteKemungkinan dalam kerajaan Pusat tiada lagi jalan penyelesaian berkenaan perlaksanaan mengenai hudud jadi mereka pon tidak berani untuk berbicara panjang mengenai hal ini takut ada pihak lain yang terasa. wallhu'alam,,,, mohon kita diberi petunjuk oleh ALLAH.....
JOM mengundi
jom mengundi'
jom mengundi.........