Minda Hijrah Headline Animator

Monday, April 8, 2013

[Pakatan Rapuh] 27 ahli PKR Pasir Salak keluar parti masuk UMNO



Seramai 27 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari ranting Parit 4A di Kampung Sungai Manik Lama Kanan di sini keluar dari parti itu untuk menyertai Umno.
 
Wakil kumpulan itu, Mohd Tarmizi Abu Bakar menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno kepada Ketua Umno bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam satu majlis malam tadi. 
 
Mohd Tarmizi berkata mereka menyertai PKR selama tiga tahun dan mengambil keputusan keluar dari parti itu kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti.

 
"Kami keluar parti atas kerelaan kami sendiri dan bukan dipaksa oleh mana-mana pihak dan kami yakin parti Umno sahaja yang boleh membela nasib orang Melayu," katanya kepada pemberita. 
 
Sebelum ini seramai 402 anggota PKR dari kawasan berkenaan keluar dan menyertai Umno. 
 
Sementara itu Tajuddin berkata ramai lagi anggota PKR dijangka menyertai Umno dalam tempoh terdekat yang sekali gus membuktikan sokongan kepada PKR di Pasir Salak semakin merosot.

3 comments:

  1. Yg ribu2 keluar UMNO tak tahu ke...ha3..mana nak masuk kat TV3suku & Utusexsetan..wakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada orang Melayu nak keluar UMNO bro. UMNO itu pati untuk penyatuan orang Melayu.Makin banyak masuk dan menyatukan diri dalam UMNO tu adalah. Cuma lu sahaja yang yang derhaka masih membenci UMNO. Itupun jika lu bukan penyamar.......

      Delete
  2. Ya aku sokong. melayuinsaf kata atas tu sebenarnya penyamar.....

    ReplyDelete