Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, April 23, 2013

[Pakatan Pil Kuda] Unit Amal PAS Mengganas Lagi, CheguBard Dipukul Dan Isteri Di Tolak...



Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard akhirnya dipersetujui mewakili pembangkang di kerusi berkenaan setelah mendapat 'restu' Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun di sebalik pemilihan beliau yang menyaksikan Pas mengalah daripada mengemukakan calon mereka, Mohd. Yusni Mat Piah, perseteruan dua kem Pemuda Pas dan PKR jelas terserlah pada hari penamaan calon Sabtu lalu.

Salah seorang pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan mendakwa, semasa proses penamaan calon di Dewan Jawi Nibong Tebal kelmarin, sekumpulan Pemuda Pas Sungai Acheh telah bertindak kasar dan cuba melakukan sabotaj ke atas Chegu Bard.

Katanya, Unit Amal Pas dan Pemuda Pas telah bertindak kasar dengan cuba memukul Chegu Bard dan sengaja menghalangnya daripada memasuki dewan.

"Anak serta isteri Chegu Bard juga ditolak oleh kumpulan Pemuda Pas itu di hadapan pusat penamaan calon dalam usaha memberikan tekanan dan halangan kepadanya daripada menghantar borang pencalonan.

"Ramai saksi yang melihat kejadian ini. Mungkin kalau dilakukan oleh UMNO, kita tidak beri peluang dan akan bergasak. Namun bila dilakukan oleh rakan sendiri, suasana keliru menyelubungi," katanya dalam bloghttp://edyesdotcom.blogspot.com/ hari ini.

Edy mendakwa, perbuatan para Pemuda Pas tersebut serta tindakan mereka yang turut menghantar pencalonan Mohd. Yusni jelas melanggar arahan pimpinan Pas Pusat.

4 comments:

  1. kalau dah ketuanya perangai cam samseng, anak2 buah pun apa lagi la. tak pa nanti nik aziz bagi syurga kat depa

    ReplyDelete
  2. Parti Ada Spender vs Pil Kuda Rakyat...elok le tu..

    ReplyDelete
  3. Apa nak diherankan...Inikan ajaran pok nik & hj hadi. Anak buah ikut bos dia orang lah. Tengok sajalah muka hadi tu... huiiii kecut. Macam gangster.

    ReplyDelete