Menurut Norman, "orang bukan Islam mesti sedar bahawa PAS akan melaksanakan apa yang digariskan sekiranya mendapat kuasa. Persoalannya adalah samada orang bukan Islam bersedia mengambil risiko dengan PAS?"
Dari kenyataannya itu jelas menggambarkan wujudnya keraguan mendalam di kalangan pemimpin DAP terhadap PAS.
Walau pun hakikatnya apa yang diperkatakan PAS itu hanyalah retorik politik menjelang pilihan raya, namun bagi DAP ia tetap dianggap satu ancaman kepada pengaruhnya di kalangan orang bukan Islam.
Ia tidak mengejutkan kerana PAS dan DAP sedari dulu lagi memang tidak pernah serasi disebabkan masing-masing agak berbeza dasar dan arah haluan perjuangannya, ibarat air dan minyak yang tidak mungkin bercampur dan sebati hingga kiamat.
Dari sudut lain, DAP mempunyai sebab untuk meragui kejujuran PAS memandangkan parti berlabel Islam itu sebelum ini tidak pernah tetap pendiriannya dan acap kali bila PAS merasakan dirinya lebih kuat, bila-bila masa sahaja mereka sanggup mengkhianati rakan sepakatan.
Namun perkembangan terbaru ini tentunya bakal menambah lagi suhu kehangatan PRU-13, di masa yang sama senario ini secara langsung menonjolkan betapa rapuhnya kerjasama antara DAP, PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).
PAS memang tak boleh di percayai,dulu ftwa hj hadi tak boleh pakai perlembagaan penjajah(sekular),tak boleh berkawan dgn org kafi,sekarang boleh pulak.Harun Din kata nama Allah penganut ugama lain tak boleh guna,tapi hj hadi tanda tangan setuju boleh pakai.Hj Hadi kata Pas tak boleh kerja sama dgn org yg gantung gambar KarlsMarks,tapi Mat Sbu kata Mat Indera pengikut komunis,adalah hiro dan C.Peng patut di beri gelaran Tan Sri.Hj.Hadi tak mahu sokong pengedar pil Kuda ,tapi dia boleh sokong org yg main depan belakang.Dalam Islam zina dosa besar jadi kes besar ,tapi hj Hadi kata gelagat Pak Mus isu kecil je.
ReplyDeleteMacam ni mana boleh percaya PAS,tunggang terbalik ,dulu lain sekarang lain ,dulu tak boleh sekarang boleh.GILAAAA.