Minda Hijrah Headline Animator

Monday, April 1, 2013

[Pakatan Gila Kuasa] PRU-13: DAP selar PKR 'tidak sedar diri'



Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau menuduh PKR negeri itu sebagai 'tidak munasabah, tidak sedar diri dan kurang semangat persaudaraan' terutama dalam tuntutan kerusi Parlimen Segamat dan Bakri.
 
Beliau berkata, PKR diperuntukkan 11 kerusi Parlimen di Johor, berbanding sembilan untuk PAS dan enam kepada DAP.
 
"Saya amat kesal PKR Johor telah mensasarkan kerusi DAP. Saya menggesa agar mereka melihat kepada gambaran yang lebih besar," katanya.
 
Dr Boo berkata, daripada 'mengintai' kerusi Parlimen tambahan, PKR sewajarnya menukar kerusi DUN dengan PAS yang diperuntukkan 28 daripada 56 kerusi negeri yang dipertaruhkan.

 
Kenyataan keras ini timbul sehari selepas Timbalan Pengerusi PKR Johor, Dr Ahmad Faidhi mengumumkan beliau kini mengambil alih tugas pengerusi negeri daripada Datuk Chua Jui Meng, yang 'menghilangkan' diri selama lebih daripada 10 hari.
 
Dr Ahmad menegaskan bahawa kerusi Parlimen Segamat serta kerusi DUN Johor Jaya dan Tangkak adalah milik PKR.
 
Pada PRU 2008 kerusi Parlimen Bakri dimenangi DAP dan Segamat menjadi milik Datuk Seri S. Subramaniam daripada BN yang menewaskan calon DAP.
 
Terdahulu, Chua dilaporkan kecewa apabila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertindak merestui pencalonan Lim Kit Siang di kerusi Parlimen Gelang Patah.
 
Chua dilaporkan berminat untuk bertanding di kerusi itu.
 
Malah Chua juga sebelum ini menyatakan bahawa dia turut berminat untuk bertanding di kerusi Parlimen Bakri, iaitu kawasan yang beliau tandingi sebelum digugurkan oleh Barisan Nasional pada 2008.

No comments:

Post a Comment