Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, April 14, 2013

[Pakatan Gila Kuasa] "Lepas menang, BUANG Proton & TUKAR Camry" kata calon PKR



Calon PKR Parlimen Balik Pulau Muhammad Bakhtiar Wan Chik, 48, menunjukkan sikap tidak patriotik beliau apabila mengagungkan kereta import berbanding kereta buatan tempatan dalam satu ceramah di sini malam tadi.

Dalam ceramah anjuran pakatan pembangkang di pasar awam di sini yang dihadiri 300 orang, Muhammad Bakhtiar, seorang aktivis reformasi sejak 1998, berkata: “Esok selepas kita menang, anda semua tukar kereta Camry daripada Proton Wira yang digunakan sekarang.”  

Yang turut hadir, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Salleh Man, Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dan calon PAS Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, Asnah Hashim.

Terdahulu, ketika berceramah di Teluk Bahang petang semalam, Muhammad Bakhtiar dilihat hadir dengan menaiki kereta mewah Porsche Cayenne S berwarna hitam bersama pemandu peribadi beliau.

Berucap hanya kira-kira 10 minit beliau memberi alasan isi ucapannya telah disampaikan aktivis DAP, Hew Kuan Yau sebelum giliran beliau.

Dua hari lepas 100 penyokong dan anggota PKR membantah keputusan ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertaruhkan Muhammad Bakhtiar bertanding kerusi Parlimen Balik Pulau pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Anwar mengumumkan keputusan itu pada satu ceramah di Sungai Ara 5 April lalu.

Kumpulan itu mengadakan perhimpunan secara aman di Jalan Baru di sini bagi menyatakan sokongan terhadap penyandang Mohd Yusmadi Mohd Yusoff untuk mempertahankan kerusi itu.

15 comments:

  1. padan muka penyokong-penyokong pembangkang (terlalu ramai )yang ada dalam Proton...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu pasal kualiti proton sekarang mcm hampeh. tengoklah model terbaru proton iaitu preve. hancus beb. entah hape-hape. camane kepala hotak staff proton, mcm tulah hasilnya. pihak pengurusan proton wajib selidik, klasifikasi dan kumpulkan kumpulan perosak dalam proton dan kasi satu 'injection'. nak kerja buatlah kerja, jgn kerja nk menjahanamkan proton jer!!!!

      Delete
    2. Penyokong pembangkang ramai juga di Produa,dan syarikat vendors proton dan produa seperti Sapura,Ingress.Autokeen dll.Mereka ini adalah para jurutera muda yg kononya porfesional,tapi kat Produa tu ,semuanya Jepun buta keputusan dan Jepun yg tentukan soal kerja,mereka habuk pun tarak,tak pandai nak selesai masalah pun,apa Jepun cakap mereka angguk saja.

      Delete
    3. Preve ok je.. Org yg benci proton sampai bila pn akan caci proton. Bak kata org tua dulu2 orang buat baik mana pn yang jahat tetap ingat. Proton preve dpt pengiktirafan kerajaan australia. Kita sbg anak malaysia patut rasa bangga. Kalau asyik support barang luar bila malaysia nak maju.

      Delete
    4. org2 yg sokong pee r la yg byk kerja di proton/perodua. Backfired to you and your comrades usin!

      Delete
    5. kepada encik usin, jgn jadi katak la. aku kerja dgn insuran. feedback yg aku dapat, proton sekarang dah tak banyak complen. start dgn saga blm dulu ke preve.. kualiti semakin baik.
      takyah dok dengki sangat aihhh....simpan sama

      Delete
    6. Sebagai rakyat malaysia... Kita perlu tambah idea utk tambah produk buatan malaysia... Bukan agungkan jenama luar...

      Delete
  2. tak sabar nak tengok PR menang...antara agenda DAP nak kurang kakitangan awam,kalau boleh buang dulu duri dalam daging kalua PR tak buang mereka ini nanti dia gigit juga pemerintahan PR...jangan terima nasib yang sama seperti BN ramai kakitangan awam yang tak sedar diuntung...kita lihat apa kata mereka nanti

    ReplyDelete
  3. MACAM MANE KERETA PROTON TAK ADA KUALITI,NGKO USIN KENE TAHU KEBANYAKAN STAF PROTON MENYOKONG PAKATAN SEKS BEBAS MACAM NGKO, SABOTAJ DARI DALAM PEMBINAAN KERETA PROTON. NGKO KENE STUDY BEB JGN MAIN LEPAS CAKAP, DI SELANGOR NGKO CARI SENDIRI, DAH LAH PANGKAT BESOOO GAJI BANYAK, TAPI SOKONG PARTI SEKS MCM NGKO USIN, TIME KEJE BALIK, MANA YG DIKATAKAN ISLAM, CURI MASA TIME KEJE,BILA KALAH LAWAN KETUA CABANG @ CIBAI BARU TAHU RENDAH LANGIT, BATANG HIDUNG PUN TAK NAMPAK. MEMANG BABI BIAWAK MELAYU TU, HARAP PAKAI KOPIAH CAKAP AGAMA TERSEMBOL AIR LIUR..LU KALO MAU TAHU USIN SAPE YG AKU MAKSUDKAN , LU CARI LAH SENDIRI.

    ReplyDelete
  4. Sya cadangkan pada Umno/BN,lepas pilihanraya nanti kalau menang,tolong pantau perjalanan organisasi corporate Melayu yg telah naik hasil bantuan kerajaan.Saya dapati ramai pembenci Umno yg bekerja dalam syarikat-syarikat tersebut.Saya tahu kerana saya sering berurusan dgn mereka.Pemilik syarikat pula buat tak kesah saja pada mentaliti menentang kerajaan dikalangan pekerja mereka.Pihak syarikat tidak pernah cuba memberi kesedaran kepada pekerja mereka betapa peranan kerajaan dalm membantu syarikat berkenaan dan secara tidak langsungnya membantu mereka juga.Kalau mereka ini tidak berkerja dgn syarikat-syarikat tersebut,mampukah mereka bersaing merebut jawatan di sayarikat milik bukan Melayu,juga mampu kah mereka mencapai pencapaian akedemik mereka sebagai jurutera dsb nya sekarang ini tanpa bantuan kerajaandan polisi yg di lakar oleh Umno?.PM Jajib kena panggil pemilik-pemilik syarikat ini.

    ReplyDelete
  5. sokong pembangkang untuk buang Melayu yang kerja dengan Proton..!!! sokong pembangkang untuk terima raja kaum Lut jadi pemimpin agong!!.. sokong Pembangkang untuk hapus Raja dan Islam. sokong pembangkang untuk benarkan Stopa Ali tutuh segala anak dara yang ada dalam negeri Terengganu.

    ReplyDelete
  6. Kita tuntut janji orang yang kata nak tukaq kereta Proton dengan Camry. kalau menanglah. Jangan jadi lidah bewak.

    ReplyDelete
  7. Yalah...buang Sultan, buang Melayu buang Islam ganti Republik...itulah matlamatnya...beringat2lah orang Melayu!!!!!!

    ReplyDelete
  8. Manusia yang busuk hati ni kalaumxsuka semuambenda dilibatkan......kalau xsuka pun bn jangan lah sampai semua bnda nak di sentuhnya......ko nakmtutup proton berapa ramai anak melayu kita keja sana....bangang!!!

    ReplyDelete
  9. ini kalilah bro kita PANGKAH abis pakatan... ini kalilah kita BUNGKUS abis pakatan... ini kalilah kita bagi peluang sebaiki baik peluang kepada BN untuk buat transformasi dan penambahbaikan... Ini kalilah kita tukar situasi tanpa meruntuhkan pemerintahan Islam di Malaysia... Ini kalilah kita cipta sejarah bukan 1 pertiga... bukan 2 pertiga... tapi ini kalilah kita pulun 3 pertiga... amacam? ada berani UNDI BN PRU 13 semua rakyat Malaysia...? back to proton issue... lolz... bukan puak-2 korg gak ke yg kerja ngn GOMEN skang dok kutuk-2 pentadbiran yg ada... sape yg wat hal tuh? kerja kat proton sabotaj dalaman... pi demo tuang keja lagi... mana lebih haremzadah? lagi kata nak tukar proton ngn Camry ka? sok-2 dapat camry compiang baru padan muka...

    ReplyDelete