Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, April 14, 2013

[Pakatan Gila Kuasa] Anwar Ibrahim tangguh umum calon PKR N. Sembilan



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil keputusan untuk menangguhkan pengumuman calon bagi tiga kerusi parlimen di Negeri Sembilan malam tadi dipercayai berkait rapat dengan konflik dalaman parti itu.
 
Anwar dalam ceramahnya semalam menjelaskan penentuan calon itu terpaksa ditangguhkan atas permintaan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang dalam satu mesyuarat di sini hari ini.
 
Di samping itu beliau cuba menggambarkan bahawa masalah berhubung penetapan calon tidak wujud dalam PKR.
 
Malah beliau memberikan alasan yang tidak berkaitan sebagai sebab penangguhan itu dilakukan iaitu desas-desus mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen pada pagi Isnin.

"Saya mahu ucap tahniah kepada pakatan pembangkang negeri ini kerana telah menyelesaikan isu pembahagian kerusi. Cuma yang tidak selesai adalah pemilihan calon sebab dahulu orang tolak jadi calon tetapi sekarang mereka berebut sebab mereka yakin pakatan akan menang.
 
"Jadi sebab itu dalam mesyuarat majlis pakatan pagi tadi (semalam) mereka minta untuk saya tangguhkan pengumuman calon bagi tiga kerusi di Telok Kemang, Kuala Pilah dan Rembau," katanya dalam satu sesi ceramah di Pusat Komersil Melang dekat sini malam tadi.
 
Untuk rekod pada pilihan raya umum lalu, PKR bertanding di tiga kerusi Parlimen namun hanya menang di Telok Kemang menerusi Datuk Kamarul Baharain Abbas.
 
PKR di negeri ini dikatakan sedang mengalami krisis dalaman, termasuklah perselisihan Ketua Cabang Telok Kemang, M. Ravi dengan Kamarul Baharain, yang juga Pengerusi PKR negeri.
 
Malah, masalah pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) juga timbul apabila PKR kawasan Labu menuntut supaya kerusi berkenaan ditandingi oleh calon mereka berbanding keputusan ketika ini yang meletakkan calon sekutu mereka, PAS. 

4 comments:

  1. Kemana pon pkr bertanding..tetap tersungkur masok longkang..pr/pkr tkde capability untuk perintah negara..

    ReplyDelete
  2. Kemana pon pkr bertanding..tetap tersungkur masok longkang..pr/pkr tkde capability untuk perintah negara..

    ReplyDelete
  3. Akhirnya blogger Umngok terkantoi pasal video palsu Mustafa Ali. Mari kita tengok beramai-ramai. Muahahahahaha...

    http://goo.gl/D9o9r

    ReplyDelete
  4. Calon-calon PKR tetap akan kalah tersungkur. Saya dulu sokong PKR tapi kali ini mintak maaflah. LANGSUNG TAK BOLEH DIPERCAYAI DAN TAK BOLEH PAKAI. Kerajaan tolong orng susah dikatakan gula-gula. Saya yg membaca Utusan Malaysia disamakan spt monyet oleh penceramah PKR di Jalan Jelebu.Alhamdulillah satu kampung seramai 160 pengundi akan undi BN dan akan keluar PKR. TIADA KEADILAN DALAM PARTI KEADILAN.

    ReplyDelete