Minda Hijrah Headline Animator

Monday, April 15, 2013

[Kata-Kata PKR Munafik] Azmin Ali mahu jadi panglima Khalid Ibrahim



Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang dipalitkan dengan kontroversi mahu merebut jawatan Menteri Besar Selangor malam tadi berikrar untuk mempertahankan penyandangnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau mendakwa Khalid sering menjadi sasaran media walaupun telah mempamerkan prestasi yang cemerlang sepanjang satu penggal mahu bekas tokoh korporat itu kekal sebagai ketua eksekutif negeri Selangor.

"Malam ini saya ingin katakan, saya akan jadi panglima bersama rakyat Selangor pertahankan Tan Sri Khalid," kata beliau dalam ceramah pakatan pembangkang di Keramat malam tadi.

Azmin sebelum ini dilaporkan mempunyai cita-cita untuk menjadi menteri besar selepas Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Berdasarkan hairaki PKR, kedudukan Azmin sebagai pemimpin kedua tertinggi selepas Wan Azizah membayangkan bahawa ADUN Bukit Antarabangsa itu mempunyai peluang cerah selepas menyaksikan prestasi Khalid yang kurang memuaskan di Selangor dari tahun 2008 hingga 2013.

Malah sikap tidak turun padang Khalid di kawasan Ijok kononnya sibuk menguruskan pentadbiran negeri menguatkan lagi dakwaan bahawa penyandang menteri besar itu mungkin digugurkan.

PKR malam tadi turut mengumumkan senarai penuh calon-calon yang akan bertanding di Selangor pada pilihan raya umum yang dijadualkan berlangsung pada 5 Mei nanti.

No comments:

Post a Comment