Minda Hijrah Headline Animator

Monday, April 1, 2013

Karpal Singh CAKAP BESAR, PR akan tawan Putrajaya, 8 negeri



Pakatan Rakyat membayangkan untuk mengambil alih Putrajaya dan menawan lapan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti, kata Pengerusi DAP Karpal Singh.

Mendakwa kini sokongan rakyat terhadap pembangkang semakin kuat, beliau berkata gabungan itu berada di landasan yang betul untuk menawan kerajaan persekutuan dengan majoriti kecil.


Disamping mengekalkan empat negeri, beliau berkata Pakatan perlu menambah Negeri Sembilan, Johor, Perlis dan Perak ke dalam senarai selepas pilihan raya nanti.



Namun beliau sedar yang rakyat boleh menolak Pakatan pada bila-bila masa sekiranya ia tidak memuaskan.


"Saya rasa rakyat Malaysia boleh bayangkan kerajaan baru selepas pilihan raya. Lagi pun pertukaran kerajaan telah ditunggu lama.


"Dalam demokrasi, adalah rakyat, bukan parti politik, yang berhak ke atas kerajaan. Mereka boleh undi keluar Pakatan bila-bila masa selepas lima tahun jika kami gagal," kata beliau kepada wartawan.


Karpal juga menyeru ahli DAP untuk berhenti membuat spekulasi tentang calon-calon parti dan kerusi.


Beliau mendedahkan ahli jawatankuasa, yang ditubuhkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) untuk membuat keputusan akhir tentang calon, belum duduk berbincang.


Di kawasan parlimen beliau, Karpal berharap parti membenarkan dirinya untuk terus menjadi calon parlimen Bukit Gelugor untuk penggal ketiga dan berharap rakyat kawasan itu terus mengundi beliau.


Barisan Nasional (BN) dijangka membariskan peguam Teh Beng Yeam dari MCA manakala Parti Cinta Malaysia juga dijangka membariskan calon di Bukit Gelugor, yang merangkumi Seri Delima, Air Itam dan Paya Terubong kerusi negeri.

6 comments:

  1. akibat menghina sultan selangor DUDUK WHEELCAK till u mampoS- ya allah jahannamkan lah manusia ini AMINnnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  2. HAHA..PENAH TGK X MEN TAK?YG KERUSI RODA TU CMNI LA..HAHA..TP YG NI MATI CPT SKIT..LEPAS TAU RESULT PRU13 DIA KALAH,TERUS MAMPOS..HAHA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. insyaallah 8 negeri ini akan menjadi milik BN...amin

      Delete
  3. kesian apabila baca komen2 dari sijahil jahil umno yang tak ada asas dalam politik

    ReplyDelete
  4. insyaallah 8 negeri ini akan menjadi milik BN...amin

    http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

    ReplyDelete