Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, March 26, 2013

PRU13: Dewan Muslimat PAS mahu Nik Aziz pencen



Antarapos.com - Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Wan Ubaidah Omar secara peribadi berpendapat sudah tiba masanya untuk Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berehat dari politik sekali gus berhenti daripada terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang.
 
Wan Ubaidah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri itu berkata, desakan itu dibuat ekoran mengambil kira keadaan kesihatan Menteri Besar Kelantan itu meskipun beliau tidak dapat menafikan kehendak lebih ramai pihak yang mahu Nik Aziz terus memimpin.
 
"Memanglah secara peribadi kita nak Tok Guru (Nik Abdul Aziz) berehat tetapi oleh kerana ramai mahukan kepimpinan, karisma dan barakah beliau, kita tak boleh halang, ini pun keputusan dibuat PAS Pusat, selagi orang nak kepada Tok Guru kita terimalah, Tok Gurulah yang (merasa) letihnya tetapi kita tak.
"Kalau pengasas Hamas Almarhum Sheikh Ahmad Yassin boleh mentadbir dari kerusi roda, kita ada Timbalan (Menteri Besar) dan pegawai yang seharusnya boleh menjalankan tanggungjawab Tok Guru sebagai pemikir yang mengarahkan dasar-dasar untuk dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan rumah bernilai RM30,000 kepada keluarga fakir miskin.
 
Sementara itu, penganalisis berpendapat Nik Aziz pasti menjadi liabiliti kepada parti itu sekiranya meneruskan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya sampai bila-bila.
 
Dalam usianya yang sudah tua dan uzur, beberapa penganalisis politik turut meramalkan penolakan kuat daripada golongan muda terhadap kepimpinan Menteri Besar Kelantan itu sekiranya beliau berbuat demikian.
 
Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Samsul Adabi Mamat berkata, penglibatan dinosaur politik seperti Nik Abdul Aziz menyebabkan landskap politik negara mundur.
 
"Nik Abdul Aziz sejak 1967 sudah masuk PAS, jadi lebih 40 tahun dalam politik. Dalam usianya yang sudah hampir menginjak 90 tahun, apakah perkhidmatan yang boleh dilakukannya, apatah lagi membawa perubahan?
 
"PAS perlu sedar perkara ini agar parti itu mampu memberi cerminan segar kepada pengundi atas pagar, jangan bila mereka pegang kuasa tidak mahu melepaskan, bukan Nik Aziz, Karpal Singh dan Lim Kit Siang juga," katanya.
 
Dalam pada itu, Penasihat Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (PEWARIS), Datuk Dr Ahmad Zaki Ismail berkata Nik Aziz sebagai pemimpin yang arif dalam selok-belok politik seharusnya berundur sejak dahulu lagi.
 
Katanya, ini kerana Mursyidul Am PAS itu sepatutnya berehat dan menurunkan ilmu kepimpinan beliau kepada golongan muda dalam parti itu.
 
"Nik Aziz perlu menggunakan pengalaman beliau untuk memberi nasihat, meluangkan masa untuk keluarga dan melakukan aktiviti yang tidak menimbulkan kebencian antara ummah," ujarnya.
 
Akhbar hari ini melaporkan Nik Aziz tetap dengan keputusannya untuk bertanding pada PRU ke 13 akan datang, malah beliau juga dikatakan akan terus bertanding sampai bila-bila waima terpaksa menggunakan kerusi roda sekali pun.
 
Nik Aziz berkata, beliau hanya akan berundur daripada politik sekiranya PAS tidak lagi memerlukannya.
 
Bagaimanapun, ujar Nik Aziz bagi PRU13 kali ini PAS Pusat telah membuat keputusan untuk beliau terus bertanding.

9 comments:

  1. sya kata...tak nak nik aziz dh...dah tua...nyayuk pulak...berpenyakit alazemir

    ReplyDelete
  2. Biarkanlah dia bertanding kali ini... Kita minta dia sendiri menyaksikan kejatuhan PAS didepan matanya.

    Sudah berpuashatikah rakyat Kelantran dengan apa2 yang Nik Aziz lakukan selama dia memegang jawatan MB Kelantan selama ini? Berbeza sangat kah Kelantan dengan negeri2 dibawah BN?, dari segi lebih baiknya..?

    Biarkan.. Biarkan karier politik Nik Aziz hancur didepan matanya sendiri ketika dia sedang seronok nak bertanding piliharaya..!

    ReplyDelete
  3. ORANG TUA NI BUKAN TAK FAHAM AYAT RUMAH KATA PERGI KUBOR KATA MARI...LU SINDIRI MAU FIKIRLAAA....21 TAHUN KELANTAN HIDUP DALAM KEMISKINAN, PENIPUAN DAN PENCEROBOHAN ATAS TANAH RAKYAT..JUAL KEPADA DAP KHIANAT...PENGKHIANAT NAMANYA.CUKUPLAH BANYAK SANGAT DOSA PAS KEPADA RAKYAT KELANTAN...MANA PERGINYA DUIT RM800 JUTA YANG DIBERI KEPADA KERAJAAN KELANTAN UNTUK BEKALAN AIR BERSIH?

    ReplyDelete
  4. orang tua otak taik babi siapa purlu nasihat nya

    ReplyDelete
  5. mintak maap yeak....orang politikmacam si dia ni banyak dosa tau....bagi lah can dia buat dosa lagi....aku takkan hormat orang macam ni...

    ReplyDelete
  6. nak jadi mcm sheikh ahmad yassin konon!!! sheikh ahmad yassin tak pernah lacur agama dan tak pernah pikul biawak gay bernama anwar bin berahi!!!!

    ReplyDelete
  7. MMG BENAR anon 10.05,biar le dia buat dosa2 dengan raayat,aku pn sama x hormat maanusia mcm ni yang sentiasa anggap dirinya saja yg terbaik......TAMAK jawatan kalau kita tengok,tapi puak2nya kata ZUHUD,nyanyok pn zuhud!

    ReplyDelete
  8. sila bertukar laman web saya
    http://joezuax.blogspot.com/
    Terima kasih untuk jenis anda

    ReplyDelete
  9. Mungkin betul apa yg diperkatakan oleh 9:46 .Dia nak lihat sendiri kejatuhannya. Allah Maha Mengetahui. Sama2 kita tunggu dan lihat. Wallahhualam.

    ReplyDelete