Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, March 26, 2013

Lahad Datu Terkini - Seorang lagi pengganas Sulu serah diri



Seorang pengganas Sulu ditahan selepas menyerah diri ketika terserempak dengan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan di Tanjung Batu, di sini, petang semalam.
 
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, sepasukan unit Gerak GempurKhas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melakukan operasi di satu kawasan paya sebelum terserempak dengan pengganas terbabit.
 
Dia kemudian melarikan diri sebelum dikejar dan akhirnya menyerah diri.
 
Bagaimanapun lelaki tersebut tidak memiliki senjata dan menyerah diri dengan mengangkat tangan serta meminta pasukan keselamatan tidak melepaskan tembakan terhadapnya.
 
Difahamkan dua kereta perisai berantai dikerahkan untuk operasi pemantauan berterusan bagi mengesan pengganas lain.

Kereta perisai itu dipercayai dikerahkan kerana bimbang penyerahan diri yang dilakukan itu sebagai taktik kotor untuk pengganas lain melepaskan tembakan terhadap pasukan keselamatan.
 
Bagaimanapun, sebaik mendapati tiada yang mencurigakan dan tidak membahayakan, pasukan keselamatan menahan pengganas berkenaan.
 
Pengganas itu kemudian diserahkan kepada pasukan VAT69 dan dibawa ke lokaptahanan sementara untuk disoal siasat.
 
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Dato' Seri Zulkifli Zainal Abidin turut mengesahkan kejadian itu.
 
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula berkata pasukannya(VAT69) telah menerima pengganas tersebut dari GGK ATM dan sidang media bersamaATM akan diadakan esok.
 
Sehingga kini, jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) meningkat kepada 111 orang, pengganas ditembak mati 67 dan mayat dibawa keluar 42.

No comments:

Post a Comment