Minda Hijrah Headline Animator

Friday, March 8, 2013

Lahad Datu Terkini - 'Pengganas didukung kuasa asing' ?




Bekas Panglima Markas Medan Tentera Darat, Datuk Seri Zaini Mohamad Said yakin kumpulan pengganas asing yang menceroboh Sabah didukung kuasa asing yang mempunyai niat menghuru-harakan negara bagi kepentingan tertentu.

Beliau yang digelar Panglima Sauk susulan kejayaan menumpaskan kumpulan Al-Maunah di Bukit Jenalik, Sauk, Perak pada 2000, berkata berdasarkan pengalamannya selama 26 tahun dalam pasukan gerak khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kumpulan penceroboh itu memang dilatih dan diberi perlindungan oleh kuasa luar.

Zaini berkata, sejak kes pencerobohan di Lahad Datu pada awal Februari itu, terlalu banyak petunjuk yang menjurus kepada campur tangan pihak tertentu.

“Fikirkan secara logik, kenapa berlaku sekarang ketika Malaysia bersiap menghadapi pilihan raya. Kenapa mereka tidak melakukannya sebelum ini atau selepas pilihan raya. Kedua, dari mana mereka dapat sumber cukup banyak untuk masuk ke Sabah.

“Saya cukup kenal mereka (kumpulan pengganas), tapi jangan tanya bagaimana saya kenal. Secara asasnya, mereka cukup miskin, hidup pun susah. Bagaimana nak tanggung kos sewa atau beli bot laju angkut lebih 200 orang ke perairan negara,” katanya.

Beliau yang menyampaikan ceramah umum ‘Campur Tangan Asing: Ancaman Keselamatan Negara’ di Bandar Baru Bangi, malam tadi, berkata usaha untuk menggulingkan kerajaan termasuk di Malaysia memang sudah lama berlaku dan ketika ini, gerakan itu banyak berselindung di sebalik gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dibiaya dana asing.

Bahkan, baru-baru ini, Zaini mengaku, beliau sendiri menerima risalah daripada NGO tertentu yang memberikan panduan bagaimana menjatuhkan kerajaan dan perkara itu tidak boleh dipandang remeh.

“Saya sendiri dilatih di Amerika Syarikat pada 1970-an dalam bidang perang gerila, sabotaj dan letupan. Pergerakan mereka (kumpulan pengganas) memang menyamai corak latihan ala-Amerika, mahir taktik gerila dan susah nak lawan,” katanya.

5 comments:

  1. Fakta.. Vat69 yg berjaya tumpaskan Al maunah.. Bukan ATM..

    ReplyDelete
  2. atm la bro, komando atm yg tumpaskn..haha..ksian lu..lain kali bljr..jgn pergi hisap gam

    ReplyDelete
  3. komando 69 yg pi masuk dl...
    pastu baru datuk seri zaini masuk...
    dua2 la dapat nama...

    ReplyDelete
  4. AnonymousMarch 8, 2013 at 1:01 PM <- saudara, sila buat lebih sikit kajian tentang peristiwa Sauk. Siapa yang memujuk Amin dan kumpulan untuk menyerah...

    ReplyDelete
  5. Duk kira sauk wat pe sekrng ni lanun setan sulu lh.c jahanam ni kejam.mcm israil.dh mengaku islam.tpi ckp kaum sulu ni penipu semua nye ank gn bapa sama aje.gila punya kaum sulu

    ReplyDelete