Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, March 7, 2013

Lahad Datu Terkini - 52 termasuk jeneral Sulu mati ditembak


Pasukan keselamatan Malaysia dipercayai telah menembak mati seramai 52 orang penceroboh bersenjata Sulu termasuk seorang berpangkat jeneral sehingga hari ini.

Dalam sidang media bersama sebentar tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu kesemua mereka gugur dalam dua pertempuran dengan anggota keselamatan di Kampung Tanduo, di sini dan Tanjung Batu, Tawau pada semalam dan hari ini.

"Petang semalam berlaku pertempuran antara pihak keselamatan dan pihak penceroboh. 11.30 pagi tadi juga berlaku pertempuran dan sehingga kini saya mendapat laporan daripada komander mengesahkan bahawa 31 musuh telah ditembak dan kita percayai mereka telah gugur, termasuk satu di Tandou.

"Operasi masih berjalan kerana kita percaya ada saki baki pihak penceroboh...dan kerjasama antara kedua-dua keselamatan amat baik sekali," kata Ismail.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Panglima Zulkifli Zainal dalam sidang media sama berkata anggota keselamatan telah mengepung penceroboh di kawasan-kawasan sasaran dan dipercayai mereka telah bersembunyi.

Zulkifli menyifatkan lapan anggota keselamatan yang terkorban sebelum ini mungkin dalam keadaan cuai dan tergopoh-gapah.

Justeru katanya, beliau akan terus memberi peringatan kepada petugas-petugas di Sabah.

"Mungkin kita cuai atau tergopoh-gopoh. Kita kerap ingatkan kepada pasukan kita...biar kita makan masa sikit tapi kita berusaha untuk elak perkara yang tidak diingini," tegas Zulkifli.

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Lahad Datu hari ini dipercayai berjaya menaikkan moral dan semangat anggota keselamatan yang akan meneruskan Ops Daulat sehingga berjaya menghapuskan kesemua penceroboh.

2 comments:

  1. ralat..Tanjung batu ,Lahad Datu

    ReplyDelete
  2. Mana gambar mayat 52 org tu? Kalau boleh rakyat nak juga tahu kebenaranya

    ReplyDelete