Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, March 2, 2013

Lahad Datu: Polis edar risalah amaran ke-2


Polis sekali lagi menggugurkan risalah amaran kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, kira-kira 130 kilometer dari sini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata risalah amaran kali kedua itu yang lebih ringkas dan keras serta ditulis dalam bahasa Inggeris dan Suluk, digugurkan menerusi helikopter pada Sabtu.
"Pada risalah itu ditulis dalam bahasa Inggeris, 'Warning. Lay down your arms. Surrender. Surrender. Surrender.' (Amaran. Letak senjata. Serah diri. Serah diri. Serah diri)," katanya pada sidang media untuk memaklumkan perkembangan terkini mengenai situasi di kampung itu.


Kali pertama polis menggugurkan risalah amaran kepada pasukan penceroboh terbabit ialah pada Rabu lepas.
Hamza juga berkata polis mula bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia hari ini.
Mengenai mayat penceroboh yang ditinggalkan di tempat insiden tembak-menembak semalam, beliau berkata usaha mengeluarkan mayat berkenaan merupakan tugas polis, tetapi satu cara taktikal diperlukan untuk berbuat demikian.
Hamza turut meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai jumlah anggota pasukan keselamatan yang terkorban dan cedera, selain menegaskan tidak ada perintah berkurung dikeluarkan.
"Saya terpaksa menjelaskan ini (perintah berkurung) kerana masih ramaimenghebahkannya dalam laman sosial dan blog. "Perintah berkurung dikeluarkan oleh saya sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah dan saya tidak ada mengeluarkan apa-apa perintah berkurung berikutan insiden semalam," katanya.
Kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu dikepung oleh pasukan keselamatan negara sejak 12 Februari lalu, selepas mereka mendarat dengan bot di kampung berkenaan pada 9 Februari.
Semalam, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.
Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh.

8 comments:

  1. PUNCA KEPADA MASALAH INI ADALAH PEMBERIAN IC OLEH MAMAK KUTTY KEPADA PUAK SULU. LIHATLAH SELURUH RAKYAT MALAYSIA. INILAH KESANNYA !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wei babi..kepala bapak ko laaaa..

      Delete
    2. Pukimak punya 10;13..

      Otak taraf jamban.Ko memang layak jadi penyokong PR!
      Anak sapa lah ko nie mesti keturunan makbapak ko bodoh nak mampus!

      Delete
    3. NGAPE BENGAP SNGT?!!..PUNCA NYA KETUA PENIPU KO TU TERLALU NK BRKUASA HINGGA SANGGUP MENJUAL KEDAULATAN NEGARA SEPERTI LAPORAN MEDIA ANTARABANGSA, SEKALI GUS MENGGADAI MARUAH BANGSA DAN MEMPERTARUH NYAWA PERWIRA NEGARA...LAIN KALI NK BERCAKAP, GUNA OTAK BKN GUNA KEPALA LUTUT!!..KALAU KETUA KO TU MMG ORG BAIK DAN BERSIH JIWA NYA, NEGARA INI AMAN, HARMONI DAN SEJAHTERA...TETAPI HURU HARA SEMENJAK JADI PELIWAT NO.1 NEGARA DAN GAY TUA!!!FAHAM NGOK!!

      Delete
  2. WAHAI ANON 1013. LU GUNALAH SIKIT KEPALA OTAK YANG ALLAH TAALA BAGI. TAK USAHLAH TUNJUK SANGAT KEDUNGUAN DAN KEBEBALAN ANDA. MENTANG-MENTANGLAH SEMUA ORANG DAH TAHU DALANG PERISTIWA INI ADALAH KETUA PELIWAT ANDA. KAMI YANG DAH PERNAH BEKERJA DI SABAH LEBIH TAHU DAN KENAL PUAK-PUAK PENCEROBOH NI.

    ReplyDelete
  3. Pecacai pakatan terus menjadi dungu dengan kebodohan mereka. tapi anehnya mereka terasa seperti sangat pandai dan tahu walaupun tak pernah tau apa yang jadi di Sabah.

    ReplyDelete
  4. Anon 10.13. baik ko diam. tanya si mat Jubo, sapa yg influence JPN kluar IC utk rampas sabah dari PBS?

    Mat Jubo tidak layak digelar manusia, sebab perangai, nafsu dan sifat amat sempurna spt seekor BABI!

    ReplyDelete
  5. Geng PR, x sedar2 ke majoriti org dh benci ngan korang. PRU13 ni org nk ajar korang cukup2.

    ReplyDelete