Minda Hijrah Headline Animator

Monday, March 25, 2013

Dun Selangor bubar minggu ini?

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exco Selangor dikatakan akan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapatkan perkenan baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Abdul Khalid juga dikatakan akan mengadakan mesyuarat Exco yang terakhir hari ini untuk membincangkan mengenai 'caretaker government', penyerahan tugas dan perkara berkaitan pembubaran tidak lama lagi.

Lebih mengukuhkan lagi apabila beliau dikatakan memilih hari Isnin untuk mengadakan MMKN berbanding kebiasaannya pada Rabu setiap minggu.

Sumber dalaman tidak menolak kemungkinan mesyuarat Exco diubah ke Isnin iaitu hari ini kerana Abdul Khalid akan mengadakan perbincangan dengan barisan Exconya berhubung pembubaran Dun Selangor pada Rabu.

Menurut sumber lagi, pihak istana mahukan pembubaran diadakan dalam satu majlis rasmi yang sempurna dan teratur sebagai mana mereka menghadap baginda ketika mula mengambil alih Selangor Mac 2008.

Pada 30 Januari lalu, Abdul Khalid mengumumkan kerajaan negeri bercadang untuk membubarkan Dun selepas sambutan Cap Goh Meh.

Beliau berkata, cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan.

"Kalau selepas Cap Goh Meh ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membuat sebarang pengumuman atau memberi apa-apa induktor berhubung tarikh pilihan raya, kita bercadang untuk melakukan perkara ini (bubarkan Dun).

"Kita merasakan rakyat yang memilih kita sudah bersedia (untuk pilihan raya) dan mereka tidak patut menunggu lama lebih daripada tempoh yang sepatutnya (untuk membubarkan Dun)," katanya sebelum ini.

Bagaimanapun cadangan tersebut dikecam banyak pihak terutamanya Barisan Nasional (BN) kerana sehingga hari ini beliau belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

1 comment:

  1. yang terbaru kan dah dikata ikut Parlimen. Malahan DUN Selangor sanggup bubar lebih awal dengan perkenan Sultan Selangor.
    Parlimen ni. Bila nak Bubar?

    http://www.keadilandaily.com/sultan-setuju-selangor-bubar-dun-awal-mb/

    Bila mahu bubar awal, BN kecut pulak, dipertikaikan:
    http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130201/px_01/TPM-persoal-Selangor-mahu-bubar-DUN-awal

    Sekarang kita dah tahu siapa sebenarnya yang bacul.

    ReplyDelete