Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, March 5, 2013

Dr Mahathir: Perlu strategi teliti tangani isu Lahad Datu



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan memerlukan perancangan teliti dan tidak boleh tergesa-gesa menangani serangan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu.
   
Beliau berkata ini kerana ia melibatkan keselamatan rakyat, selain serangan kumpulan penceroboh itu yang agak ganas hingga sanggup membunuh sesama Islam.
    
"Ini adalah satu gerakan yang agak kompleks kerana kerajaan tidak boleh serang balas dengan begitu sahaja. Kalau kita serang balas mungkin penduduk di situ akan jadi mangsa," katanya pada sidang media mengenai sukan Paintball World Cup Asia di sini hari ini.

  
Dr Mahathir mengulas dakwaan bahawa pasukan keselamatan dan pertahanan negara lewat membuat serangan balas kepada kumpulan pengganas asing bersenjata.
   
"Kita berhadapan dengan satu masalah baharu, kita tak pernah lihat benda ini berlaku dalam negara kita. Mereka melakukan sesuatu yang cukup buruk iaitu mendedahkan orang tidak berdosa," katanya.
  
Mengenai tindakan beberapa kumpulan di Filipina yang menyelar tindakan Malaysia menyerang kumpulan penceroboh itu, beliau berkata pasukan keselamatan negara berhak melawan kerana mereka telah menceroboh dan membunuh.
   
"Kalau mereka serang kita dengan senjata, bunuh orang kita macam mana lagi kita nak tangani masalah ini, mereka nampak begitu ganas sekali, datang dengan senjata, itu pun sudah jadi satu kesalahan," katanya.
   
Dr Mahathir juga percaya rata-rata penduduk di Sabah masih setia dengan Malaysia serta yakin terhadap kemampuan pasukan keselamatan dan pertahanan negara.
- Bernama

9 comments:

  1. U ULANG I SAMAN U

    ReplyDelete
  2. Betul cakap Tun. Fuh.....harap dapat berdamai dan hidup aman macam dulu. Mungkin sejarah boleh mengajar kita.

    ReplyDelete
  3. CAKAP-CAKAP TUN MEMANG PENUH BERMAKNA DAN HARAPAN KAMI TUN TERUSKANLAH MENYUMBANG INPUT-INPUT YG BERGUNA KEPADA PIHAK KERAJAAN BAGI MENDEPANI SEGALA MASALAH YANG TIMBUL DEMI KEMAKMURAN NEGARA....SESUNGGUHNYA TUN ADALAH INSAN ANUGERAH ALLAH KEPADA NEGARA MALAYSIA YANG BERKAT INI.
    IKLAS DARI HAMBA ALLAH YANG DHAIF (OKU)

    ReplyDelete
  4. SOKONG TUN M .

    ReplyDelete
  5. PENCEROBOH SULU PATUT N LAYAK DIGELAR TERRORIST. DH JD BUKAN SEPERTI MANUSIA LAGI ! X DE SIMPATI DAN KASIHAN KAT ORG. SAPE-SAPE JUMPA MEREKA TERUS HAPUSKAN SAJE.......X PERLU TERIMA RAYUAN MEREKA. MEREKA BERPURA-PURA...BILA KITA KASI SIMAPTI DITEMBAK PULA MCM TERJADI KPD ARWAH INSP. POLIS ZULKIFLI N SARJAN SABRUDIN. MEREKA BERHATI KEJAM N TIDAK WARAS LAGI....PERANGI MEREKA HABIS HABISAN !

    ReplyDelete
  6. TOLONG SIASAT N TINDAKAN KADAR SEGERA JIKA ADA ORG DALAM MALAYSIA X KIRA SAPE PUN YANG BOCORKAN KESELAMATAN N RAHSIA NEGARA KEPADA KIRAM JAHANNAM .......TQ

    ReplyDelete
  7. penceroboh sulu layak digelar terrorist. kejam sunnguh mereka terhadap polis kita. KEPADA SAPE-SAPE YANG TERJUMPA MEREKA , SILA N PATUT HAPUSKAN MEREKA SERTA MERTA N SEGERA......MEREKA TIADA PERI KEMANUSIAAN LAGI.....ISLAM MEREKA HANYA PADA NAMA!

    ReplyDelete
  8. TERRORIST SULU BUKAN LAGI MANUSIA......MEREKA AMAT- AMAT BERBAHAYA N TERLALU KEJAM.......SAMPAI HATI N TERGAMAK MEREKA SEKSA N MEROSAKKAN TUBUH ANGGOTA BADAN POLIS YANG MEREKA TAWAN N BUNUH ?

    ReplyDelete
  9. MINTA PIHAK BERKENAAN SIASAT...MANA-MANA INDIVIDU ATAU KUMPULAN ATAU X KIRA SAPE RAKYAT TEMPATAN YANG MEMBOCORKAN RAHSIA KESELAMATAN NEGARA KEPADA KIRAM JAHANNAM......TQ

    ReplyDelete