Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman terhadap pengendali blog papagomo.com, bersabit video seks terbaru yang memaparkan seorang lelaki yang menyerupai wajahnya sedang melakukan hubungan 'intim' dengan pasangan lelakinya.
Dalam respon balas, pengendali blog itu yang dikenali sebagai Wan Mohd Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai papa gomo berkata beliau akan memuatnaikkan video berkenaan dalam tempoh enam jam untuk mendedahkan moral sebenar ketua pembangkang itu.
Anwar memfailkan saman itu selepas papa gomo enggan memadam beberapa keping gambar yang diambil daripada video berkenaan.
Gambar-gambar itu yang dinaikkan di beberapa laman blog menunjukkan kronologi lelaki mirip wajah Anwar itu dalam keadaan intim mengadakan hubungan seks dengan pasangan lelakinya.
Anwar yang diwakili peguam belanya, N. Surendren dan Lathefa Koya hadir ke Mahkamah Jalan Duta, pagi ini.
Surendren mendakwa papa gomo yang mepunyai kaitan dengan Umno Barisan Nasional (BN), adalah individu yang bertanggungjawab menyiarkan gambar hitam putih yang memaparkan seorang lelaki mirip kepada Anwar sedang mengadakan hubungan intim dengan pasangan homoseksnya.
"Blogger ini mengatakan imej lelaki dalam gambar adalah Ketua Pembangkang, ini adalah satu penipuan yang amat besar dan fitnah amat jahat yang dibuat oleh blogger Umno.
"Mengapa saya kata blogger ada kaitan rapat, kita ada bukti jelas bahawa artikelnya disokong Umno. Umno dan BN membenarkan blogger itu memasuki kapal selam sulit negara kita, Scorpene.
"Itu menunjukkan papagomo rapat dgn pimpinan Umno BN," tegasnya kepada wartawan ketika ditemui di lobi mahkamah.
Papa gomo juga didakwa mengeluarkan entri yang bertujuan memalukan Anwar dan keluarganya apabila turut mengaitkan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR, anaknya yang juga AHli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan menantunya iaitu suami kepada Izzah dalam fitnahnya itu.
Justeru, katanya, Anwar menuntut RM100 juta sebagai ganti rugi daripada papa gomo.
"Pada 19 Mac papa gomo terus mengeluarkan lagi kenyataan lucah dan mencarut dan fitnah termasuk menarik masuk isteri anak dan menantunya ditarik masuk dalam fitnah ini.
"Dia tidak meminta maaf sebaliknya dia mencabar kembali" tegas Surendren.
nuarr beri kat surendren...si surendren teruihh kan laaa....
ReplyDeletepertama dia nak duitt nuarr...
kedua dia pon nak tgk video tu jugekk...
ekekekeke....