Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, February 3, 2013

[YB PAS Baling] Taib Azamudden: 'Saya masih hidup'

Saya masih hidup. Malah semakin pulih dan sihat.”


Sinar Harian - Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md Taib, 62, berkata, beliau kesal dengan khabar angin yang menyebutnya sudah meninggal dunia sambil menyifatkannya adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya pasti ini semua sebab pilihan raya makin dekat. Mereka tidak senang dengan saya sebab saya mempunyai pengikut yang ramai. Bagi saya perbuatan ini adalah primitif dan tidak bertamadun.

“Saya tidak tuduh sesiapa tetapi spekulasi yang dibuat agak keterlaluan. Saya belum meninggal dunia, malah doktor cakap lagi empat hari saya dah boleh keluar (hospital),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, beliau kini sudah mampu berjalan tanpa menggunakan tongkat namun masih diawasi oleh ahli keluarga.

“Saya dah boleh jalan sendiri berbanding masa mula masuk hospital dulu. Dulu, kaki dan tangan kiri saya langsung tidak boleh bergerak tetapi berbeza dengan sekarang.

“Keseluruhannya, nak urus diri sudah mampu saya lakukan sendiri antaranya mandi, makan dan solat,” katanya.

Taib Azamudden berkata, walaupun baru pulih dari serangan angin ahmar, semangat perjuangannya tidak pernah luntur malah tidak pernah terfikir untuk berundur dari politik.

“Saya tidak pernah bercadang untuk berundur malah semangat saya sentiasa tebal untuk meneruskan perjuangan parti.

“Saya di dalam bidang politik ini bukan untuk bermusuh dengan sesiapa tetapi untuk perjuangan. Bagi saya, kawan tetap kawan, keluarga tetap keluarga walaupun berbeza fahaman politik,” katanya.

Taib Azamudeen juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang datang melawatnya dan mendoakan serta melakukan solat hajat untuk kesihatan dirinya.

Sementara itu, anaknya Afnan Hamimi berkata, bapanya semakin sihat. Penjelasan Afnan Hamimi itu sekaligus menangkis dakwaan dalam laman sosial mengatakan ayahnya meninggal dunia lewat malam semalam. Kesihatan Taib Azamudden, 62, beliau beransur pulih dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini selepas serangan angin ahmar.

Afnan, yang juga Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang berkata, beliau dan keluarganya kesal dengan penyebaran khabar angin yang tifdak betul itu.

“Kami sekeluarga menerima banyak panggilan yang mahukan pengesahan tentang perkara itu (kematian).

“Ingin saya tegaskan di sini, bapa saya semakin pulih dan sedang menerima rawatan di hospital,” katanya.

Menurutnya, bapanya baru menjalani rawatan fisioterapi dan kelihatan semakin bertenaga.

“Beliau juga semakin ceria dan lebih bersemangat untuk terus kembali ke medan perjuangan bagi meneruskan tanggungjawab kepada ummah dan amanah ALLAH yang belum selesai,” katanya.

Ahad lalu, Taib Azamudden diserang angin ahmar ketika menunaikan solat Dhuha di rumahnya di Baling.

Beliau dilaporkan stabil dan hanya mengalami ‘minor strok’. Sebelum itu, beliau sebelum itu dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi Kardiologi (CCU) di sebuah hospital swasta di negeri ini dan kemudiannya dipindahkan ke wad biasa dan dijangka keluar hospital dalam tempoh seminggu ini.

5 comments:

  1. 'Meneruskan Tanggungjawab kepada ummah dan amanah ALLAH yang belum selesai'? tangggungjawab ape? amanah ape? kalau pecah belah dan kemunduran umat disebabkan puak2 kamu ni?

    ReplyDelete
  2. Aik, sape yang kasi khabar angin tu?? Kasi la sumber berita (blog) yang sahih menyatakan imam saksi mangsa liwat Anwar ni dah mati. Tak jumpa pun dalam mana blog-blog mesra kerajaan.... mungkin ada kat blog pro-pembangan kot. Patut la, aku alergik sikit nak bukak goblog pembangang ni, kuat kencing sangat....

    ReplyDelete
  3. Aku simpati bila baca komen Melayujati dan pencacai-pencacai Umnogok lainnya...memang jenis melayujatilah kau ni sebab orang melayu memang terkenal dengan sifat dengki, khianat,tak suka pada ilmu,pengecut, penting diri sendiri, bodoh, malas bla..bla...ini bukan aku yang cakap...tapi orang British yang pernah datang ke Tanah Melayu telah menceritakan siapakah orang Melayu sebenarnya. Mungkin ada kebenarannya. Itulah sebabnya aku tak suka jadi macam orang Melayu Umnogok yang bodoh...bodoh..dan bodoh sampai mamak padukang pun boleh jadi ketua kepada orang Melayu di Malaysia ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko sembang ape ni BAHALOL. Kasi bukti la ape yang Taib mudin tu katakan... blog mana yang kata dia tu dah mampus eh??

      Delete
    2. La, rupenye Tian Chuak anak haram yang kata Taib Mudin dah mampus. Patut la pencacai fuckatan yang celaka senyap sunyi je.... pemimpin mereka sendiri BODOH tak bertempat, pencacai mereka kene cuci taik pemimpin sendiri. Bagus la...!!!!!

      Delete