Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, February 23, 2013

[Tolak Anwar Ibrahim] PAS belum putuskan siapa calon PM Pakatan



PAS masih belum membuat ketetapan sama ada mahu melantik Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang atau Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri jika menang pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pengisian jawatan tersebut perlu dibuat dengan pengumuman bersama dan tidak hanya tertakluk kepada pengumuman satu-satu parti sahaja di dalam Pakatan Rakyat.

"Dia sebenarnya kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang kita bincang tidak timbul siapa mahu jadi Perdana Menteri, tidak timbul satu pihak untuk membuat pengisytiharan, sebarang pengisytiharan perlulah bersama.

"Maknanya kita akan bincang (siapa yang akan jadi PM) termasuklah kabinet bayangan ke apa ke dan perkara ini akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden dan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Justeru beliau menafikan dakwaan sumber dalaman PAS yang telah mempersoalkan pencalonan Anwar sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya kelak.

"Tiada keputusan untuk menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim (jadi Perdana Menteri) tu tiada...," katanya ringkas yang menyangkal dakwaan laporan portal tempatan.

Ditanya lebih lanjut pendirian PAS bersabit desakan akar umbi mahu parti itu melantik Presiden PAS sendiri sebagai perdana menteri, Ibrahim bagaimanapun menegaskan buat masa ini hanya perlu memberi tumpuan kepada gerak kerja jentera parti.

"Sekarang ini kita tumpu pada gerak kerja kita, sebenarnya kita tidak timbul tolak Datuk Seri Anwar tu.

"Yang penting gerak kerja menangkan (PRU13) dulu. Dalam konteks Pakatan Rakyat semua orang tahu bahawa calon Perdana Menteri adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan tidak timbul perkara itu," katanya.

Untuk rekod, sumber tersebut memberitahu TMI persoalan tersebut timbul dalam satu mesyuarat tertutup antara PAS dan PKR pada Ahad selepas kenyataan Hadi Sabtu lalu parti Islam itu tidak teragak-agak meninggalkan pakatan pembangkang sekiranya gabungan itu merugikan orang-orang Melayu dan Islam.

“Pemimpin tertinggi PAS itu mengatakan ‘haram’ bagi Anwar untuk meminta jawatan perdana menteri,” kata satu sumber tersebut.

2 comments:

  1. SELAKU AHLI PAS PERINGKAT AKAR UMBI, KAMI AKAN PASTIKAN CALON-CALON PKR TIDAK MENDAPAT UNDI DALAM PRU13 INI. PAS PUSAT HARUS SEDAR BAHAWA AKAR UMBI TIDAK MAHU SEORANG PEMIMPIN YANG RENDAH MORAL, BERGELOMANG DENGAN MAKSIAT TIDAK LAYAK DILANTIK MANJADI PM. KEPADA AJK PAS PUSAT, KEPUTUSAN MEREKA BUKAN MEWAKILI HAK PENGUNDI PAS. SEKIRANYA PUSAT MENYOKONG ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PM, KAMI AKAN PASTIKAN CALON ANWARINAS DALAM PAS JUGAK TTIDAK MENDAPAT UNDI.HIDUP ULAMAK DALAM PAS. TOLAK KUMPULAN ANWARINAS.

    ReplyDelete
  2. pelikk.. macam mana nak tegakan islam yg dilaung2kan pas jika menang, sbb tak ada seorg pun yg layak jadi PM dalam kalangan pemimpin2 pas sendiri, jika ku li menolak.. suka tak suka pas terpaksa menerima PM dikalangan puak2 pkr atau dap.. akhirnya pas akan tetap jadi parti anggok2 geleng2 yg taat setia mengikut perintah.. itu saja la kebolehan pas dalam pr...

    ReplyDelete