Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, February 23, 2013

[Penerima Umpama Haiwan] Nik Aziz pertahan kenyataan BR1M - TAKBIR !!!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan berkenaan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang dikategorikan sebagai memberi makanan kepada haiwan, tidak sebagaimana Pas yang memberi ilmu kepada rakyat.

Beliau berkata, Pas lebih gemar menggunakan pendekatan ilmu dalam mengajak orang ramai berkumpul, sebaliknya Umno didakwa menggunakan pendekatan mengagihkan wang untuk menarik perhatian rakyat.

"Macam saya kata, kalau kita nak panggil ayam, panggil itik, 'Hei itik, mari aku nak bagi ceramah agama… mana itik nak mari (datang). Tapi kena beri hampas kelapa, beri padi..ia akan datang. Bagi benda..'Hei lembu kerbau, aku nak bagi ceramah.. ia tidak akan datang, tetapi bila bagi rumput atau hampas, bagi nasi… ia akan datang.

"Kalau kita nak panggil orang bagi benda tetapi tidak beri ilmu, ertinya kita letak orang sama taraf dengan haiwan," katanya kepada media selepas Majlis Perhimpunan Guru-guru guru Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Beliau berkata, sejak Pas memerintah Kelantan 1990, pihaknya tidak pernah memberikan wang memandangkan memang Kerajaan Negeri tiada wang, sebaliknya Pas meniru kepimpinan zaman Nabi Muhammad SAW semasa rakyat Makkah menolak
Baginda yang kemudian lari ke Madinah.

"Nabi Muhammad SAW beri apa kepada orang Madinah? Berapa banyak duit diberi kepada orang Madinah?... Tetapi orang Madinah terima Nabi sebagai ketua negara. Nak panggil presiden ke panglima perang ke kepada Nabi… tetapi Baginda diterima rakyat. Yang diberi hanyalah ilmu.

"Umno sekarang guna duit pula, BR1M1, BR1M2… Umno silap di sini, silap tidak bagi ilmu wayhu. Mana ada ilmu wahyu dalam kebangsaan. Insya-ALLAH rakyat Kelantan juga Malaysia akan berubah fikiran kerana kita sudah bagi ilmu pengetahuan.

Islam bawa benda halal. Hak halal kita kata halal, hak haram kita kata haram," katanya.

Beliau turut menyatakan, wang BR1M masih hak rakyat, hak kerajaan dan ia bukan wang dari Umno dan sepatutnya sebagai ketua kerajaan Kelantan, beliau turut diberikan BR1M, kemudian beliau agih kepada rakyat.

"Saya kata, orang bagi duit... terima… tetapi bila mengundi… pangkah Pas, pangkah Pakatan (Pakatan Rakyat). Beri kain… pakai, beri gula… kacau, beri lembu… ambil, tetapi bila bagi kertas undi… pangkah Pas," katanya.

9 comments:

  1. Hamlau punya ulamak sorang ni. Kesan drpd doa K.O dulu. Tahniah PAS kerana pemimpin anda seorang yg mengajar ilmu tinggi & ilmu wahyu. Ilmu yg mengajar jgn berterima kasih kpd org yg memberi bantuan & jgn bersyukur dgn nikmat hidup aman di Malaysia ini. Tahniah jg kpd semua penyokong2 tegar PAS yg buta mata & buta hati!

    ReplyDelete
  2. sekarang ni cakap pulak yang tak dengar ceramah PAS tak ada ilmu??? cakap mcm org tak berilmu???

    ReplyDelete
  3. Betul apa yh Nik Aziz kata...PAS tidak pernah memberi duit kepada rakyat, kerana PAS tak berduit.

    Tapi yang PASti :

    1. PAS akan menyediakan karung2 guni dan Tin2
    biskut utk meminta duit dan barang kemas dari
    rakyat? dhn nama JIHAD
    2. Majlis2 agama dan Ilmu yg diceramahkan langsung
    tidak mengambarkan ajaran yg dibawa oleh para
    Nabi. Tetapi lebih kepada Ceramah Maki/Putar
    belit dan fitnah.
    3. Sebagai Kerajaan yg memerintah 2 negeri, rakyat
    mengharapkan agar kerajaan dapat merubah dan
    membawa kesejahteraan, tetapi sebaliknya
    berlaku?..rakyat pula yg terpaksa menanggung
    kerajaan?
    4. Para pemimpin negeri menikmati segala kemudahan
    tetapi rakyat dibiarkan sengsara, yg totok2 PAS
    jgn cakap ler, kena gula2 PAS tahi pun jadi
    jamuan hebat.

    Hebat permainan PAS ni...aku mintak rakyat kelantan yg sedar ni, jemput semua Kepimpinan PAS
    menghadiri majlis, jamukan mereka dengan air keladak sungai dan Pisang rebus..gamaknya mereka nak hadir atau tidak...

    ReplyDelete
  4. hantar orang pergi bershit kat kl boleh pulak bagi duit... adoi ai...

    ReplyDelete
  5. Yang binatang sebenarnya adalah PORK n.ajis. Berkawan pulak dengan setan dan BABI al-jubor. Memamg la mantop. Dua-dua pun spesis nggoook nggoook ngggoookkk babi::(

    ReplyDelete
  6. bukan ke ade gambar nik aziz bg duit kat orang...

    ReplyDelete
  7. Bila dia hulur tin, tong dan guni minta sedekah itu okkkk.

    Bila dia beria-ia berceramah pasal Royalti minyak yg bukan terletak digigi pantai Kelantan okkkk.

    Bila ada usaha untuk kebaikan masyarakat..bangkang.

    Waras ker nyanyuk???

    ReplyDelete
  8. insyaallah dia pun mungkin tak sempat pru 13 ni ...........allah panggil dia dulu sebab nak tanya.......sepanjang empat tahun berapa ratus orang nun muslim dap memeluk agama islam

    ReplyDelete
  9. kutuk lah para ulama', esok jawab depan Allah kat mahsyar.
    bacelah newspaper tu banyak2, sume dah kene tipu dengan putar belit dari media.
    yang burukk pas je tunjuk, yg baik x pernah tunjuk.
    orang2 jahil akan terus jahil klau x cuba nak explore sendiri dan dngar dari 1 pihak je

    ReplyDelete