Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, February 2, 2013

[PAS Zalim Macam Yahudi] Nasha :Saya Tak Pasti Dipecat Pas..Tapi Indikasi Itu Ada..

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa tidak dapat memastikan sama ada beliau dipecat dari Majlis Syura atau dipecat terus daripada menggangotai parti itu kerana beliau hanya dimaklumkan melalui media tanpa kenyataan bertulis daripada parti kepadanya.

"Saya dimaklumkan seperti (kenyataan) dalam media, setakat ini (hanya) dipecat dari Majlis Syura Pas, tidak ada pula makluman dipecat (terus) daripada ahli Pas."

Wartawan mencelah, "Ada dengar desas-desus (dipecat terus dari keahlian Pas).."

Nasharuddin menjawab, "Saya tak pasti..tapi semacam indikasi saya dipecat (dari Pas) itu ada..jadi saya tak pasti..

Beliau berkata begitu ketika ditemui media selepas majlis perasmian Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan di Masjid Negara, 30 Jan.

Walau bagaimanapun Nasharuddin berkata beliau masih lagi menunggu surat rasmi daripada Majlis Syura yang memaklumkan tentang kedudukan dirinya itu.

"Saya nak tengok dulu black and white..Kalau sungguh ada black and white..di dalam itu (mesti) ada alasan-alasan.

"Pada saya, kalau mengikut prosedur, tak berapa kenalah..paling tidak pun dalam mana-mana organisasi ni ada surat tunjuk sebab dan prosedur-prosedur tertentu.

"Kalau sungguh saya dipecat, maknanya prosedur itu tidak dimaklumkan kepada saya"

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan Pas terhadapnya ada kaitan dengan lawatan ke Gaza bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Ada kemungkinan..sebab kenyataan secara terbuka ini dibuat selepas saya pulang dari Gaza.

"Padahal sebelum ini, saya sebenarnya banyak menghadiri program-program rasmi.

"Saya sendiri pernah dihantar speaker (Dewan Rakyat) mewakili beliau untuk berucap di persidangan OIC di Damascus dua tahun lepas.

"Sebelum ini, saya ada juga mengangotai rombongan-rombongan rasmi parlimen..saya tak nampak itu satu masalah.

"Tetapi mungkin isu Gaza ini mungkin dijadikan penyebab.. Wallahualam."

No comments:

Post a Comment