Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, February 20, 2013

[Pakatan Tipu Rakyat] PKR, DAP sentiasa bersama PAS

Kenyataan Pas akan keluar Pakatan Rakyat (PR) jika kerjasama merugikan parti itu menjawab segala propaganda Barisan Nasional (BN) kononnya PR tidak meletakkan perlembagaan sebagai perjuangan utama.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kenyataan itu akan menutup mulut pimpinan Umno dan BN yang sering memfitnah kononnya PR tidak menjaga perkara tersebut.

Menurutnya, beliau yakin PR akan kekal dan tidak berlaku seperti mana harapan yang diletakkan oleh BN supaya Pas keluar PR ataupun mana-mana satu parti keluar PR.

Beliau berkata, PKR juga lebih mengenali kebaikan orang Pas, niat dan perjuangan mereka di sebalik tohmahan yang dilemparkan itu kepada parti itu oleh BN.

"Kefahaman kami dalam PR, jauh lebih baik dan kami bersama menjaga hak yang termaktub dalam perlembagaan serta perkara yang sudah diputuskan dalam Buku Jingga," katanya.

Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok pula mengakui sememangnya tidak pernah berlaku percanggahan yang merosakkan hubungan antara Pas, DAP dan PKR di Selangor.

Malah katanya, peluang bergabung dalam PR memberi kelebihan kepada mereka berdamping dengan kaum Melayu dan umat Islam lebih erat lagi.

"Sejak pemerintah PR di Selangor lima tahun lalu, kerjasama ketiga-tiga parti baik.

"Kalau dahulu DAP jarang berpeluang mendekati orang Melayu dan masuk kampung merayakan perayaan dan program orang Islam. Tetapi selepas bersama, ada banyak peluang untuk bersama mereka tanpa ada jurang," katanya.

2 comments:

  1. Sebenarnya pkr ni ialah pakatan kencing rakyat. Pengerusi dap t.kok kata tu betul la dalam selangor mana ada problem antara dap, pkr dan pas. Apa dap cakap, pkr suruh pas buat. Inilah kerjasama pr diselangor. Ubah di selangor dari pakatan ke Barisan.

    ReplyDelete
  2. keh keh keh... kerjasama baik ngan PAS tapi mendesak supaya Hassan ALI di pecat...kemudian portfolio Agama Islam dan adat istadat melayu diambil Oleh MB (PKR)..dimana kalo dikutkan PAS adalah pakar dalam portfolio ini..seperti DAP ingin cuba sumbat spender eli dalam mula dr Zul (MP) ulu langat supaya tutup mulut pasal isu lynas... lawak kenyataan budak SUsu HAI Mi nih... keh keh keh..

    ReplyDelete