Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, February 14, 2013

[Pakatan Tipu Rakyat] Mukhriz cabar Azizan siasat isu seleweng Kuin



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dicabar supaya melakukan siasatan terperinci terhadap dakwaan penyelewengan yang berlaku di dalam pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata cadangan tersebut lebih efektif berbanding meletakkan beban kesalahan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

“Ini alasan yang selalu dipakai...Apabila mana-mana pihak mendedahkan penyelewengan di pihak Pakatan Rakyat (Pakatan), yang menunjukkan bahawa apa yang mereka tuduh kita itu mereka sendiri yang buat, maka dengan mudah dia menuduh kononnya Umno yang bergerak di sebalik tuduhan-tuduhan tersebut.

“(Jadi) Saya cabar Menteri Besar ambil tindakan kalau dia kata ini satu pembohongan... jangan sembarangan sahaja,” katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azizan semalam yang enggan mengambil tahu isu-isu yang melibatkan Kuin termasuk pemalsuan minit mesyuarat kerana beranggapan perkara itu ditimbulkan oleh ejen-ejen Umno.

Mengulas lanjut, Mukhriz yang juga merupakan ahli Parlimen Jerlun menegaskan perkara yang harus diberi perhatian oleh kerajaan negeri ialah pihak yang mengemukakan dakwaan-dakwaan tersebut termasuk kakitangan Kuin sendiri.

“Yang pentingnya kita kena tengok siapa yang mengeluarkan kenyataan itu...Itu sebenarnya kalau tak silap saya kakitangan Kuin itu sendiri.

“Tapi pada masa yang sama saya juga nak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku ini. Bila kita tengok pendedahan demi pendedahan yang dibuat mengenai Kuin, ia memberi gambaran bahawa Kuin itu tidak sesempurna yang digambarkan oleh Menteri Besar sendiri,” katanya.

Azizan semalam turut mencadangkan kakitangan institusi itu supaya ‘angkat kaki’ dan bekerja di tempat lain.

1 comment:

  1. MB kedah terkenal dengan frasa ''saya tidak tahu''...

    So..mukriz, tak payahlah hang suruh dia pi siasat..Dia pon tak tahu apa dia nak siasat.

    gen2felda
    CERAMAH UMUM DATO DR.HASAN ALI
    Mantan Pesuruhjaya Pas Selangor
    TMN.SRI LAMBAK (T6),KLUANG,JOHOR

    15/2/2013 JUMAAT 9.00 MALAM.
    SEMUA DIJEMPUT HADIR

    ReplyDelete