Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, February 17, 2013

[Pakatan Serabai] MB Khalid Ibrahim janji air percuma untuk rakyat M'sia kah! kah! kah!



Belum pun selesai masalah air yang melanda di negeri Selangor, Menteri Besar sekali lagi menabur janji baru kepada seluruh rakyat Malaysia.
 
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan memberikan air percuma kepada seluruh rakyat Malaysia sekiranya parti itu berjaya menawan Putrajaya pada dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. 
 
Justeru, Khalid mahu rakyat terus memilih Pakatan Rakyat sekali gus menjadikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia yang baru kerana beliau disifatkan mempunyai peribadi bersih, amanah dan bertanggungjawab. 
 
“Kita bagi air percuma pada rakyat Selangor. Kalau kita menang di Putrajaya, rakyat Malaysia akan juga dapat air percuma. Jadi, marilah berjuang untuk rakyat.
 
“Kalau kita nak menang, kita mesti pilih pemimpin yang bersih, amanah dan bertanggungjawab,” kata Khalid dalam ucapannya sewaktu majlis sambutan Tahun Baru Cina di Bandar Tun Razak. 

Sementara itu, Khalid dalam ucapannya juga turut mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah mengaut keuntungan yang besar dalam menguruskan air di negeri itu. 
 
Justeru, Khalid telah membuat ketetapan untuk mengambil alih syarikat pengurusan air itu sekali gus mendesak SYABAS menyerahkan kuasa pengurusan sepenuhnya kepada kerajaan negeri Selangor.
 
“Saya nak tunjukkan, di Selangor kenapa kita ‘fight’ untuk tukar dari pemilikan syarikat-syarikat swasta untuk jaga air kepada kembali balik kepada kerajaan. Kita mahu, syarikat-syarikat swasta tidak mengaut keuntungan.
 
“Jika tidak, duit keuntungan itu akan dapat kepada SYABAS dan tahap prestasi kerja mereka juga sangat teruk,” katanya.
 
Kemelut isu air di negeri Selangor berterusan selepas pentadbiran PR menentang projek Langat 2 yang dibiayai oleh kerajaan pusat bagi mengelakkan krisis air pada 2016.
 
Awal bulan lalu, ribuan pengguna di Lembah Klang terputus bekalan air berikutan kerosakan sistem pam tambahan di Rumah Pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru.
 
Gangguan air tersebut antara yang terburuk sejak PR mengambil alih negeri Selangor.

4 comments:

  1. Lid, sebelum ko tabor janji bulan bintang, per kata ko pulihkan sistem perhubungan awam ,,khidmat bas henti-henti di seluruh Selangor....PR pegang khidmat bas henti- henti pon di brhntikan..kesian rakyat marhaen yg xmampu memiliki keter...sbb bukan semua rakyat Selangor ada keter mewah berderet cam YB pakatan contoh Assmain, mak lampir....

    ReplyDelete
  2. Khalid selalu kalih janji.tak kan nak kena nipu lagi....

    ReplyDelete
  3. KHalid Gagap ni punya janji boleh pakai ke? Nak bagi air free kat Selangor pun tak boleh.....JAnji nak bagi duit kat ibu tunggal, budak tadika, budak unibersiti kat Selangor yang dalam manifesto 2008 tak dak pun last-last cakap manifesto tu bukan janji. Aduh....boleh percayake cakap mala'un ni....Aku dah tobat takkan pangkah parti-parti musibat dalam PR ni lagi. Buat perugi Undi saja.....

    ReplyDelete
  4. taik la lid, bersepah lg rakyat selangor tagih janji air free yg ko janji dlm pru12 dulu. siap saman lg. satu negeri belum selesai, janji nk bg satu malaysia pulak. ko ni lembab ke nk faham bahawa satu malaysia tahu ko ni mb pembohong! perasan lebih la ko ni. sekali lagi TAIK LA LID!!!

    ReplyDelete