Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, February 19, 2013

[Pakatan Gila Kuasa] Konflik DAP-PKR Johor: Karpal bidas Jui Meng

Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh menyuarakan kebimbangannya tentang konflik antara DAP dan PKR di Johor yang kini mencetuskan perbalahan terbuka serta boleh menggugat persefahaman mengenai peruntukan kerusi dalam kalangan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, DAP memandang berat penegasan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau bahawa Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di Johor.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Karpal berkata, siasatan mendalam perlu dilakukan untuk mengenal pasti orang di sebalik 'serangan berbisa secara rahsia' terhadap DAP itu dan 'tangan hitam' di sebaliknya.

Katanya, penegasan Boo itu tidak boleh diketepikan begitu saja demi kepentingan pakatan pembangkang.

"Kredibiliti Chua boleh diragui. Kehadirannya yang begitu lama bersama MCA dan Barisan Nasional serta kegagalannya dalam percubaan untuk menjadi presiden MCA pada 2004 dan keghairahannya untuk mendapatkan kembali kerusi parlimen sudah pasti menimbulkan masalah kredibiliti, yang mungkin mengatasi daya inteleknya.

"Chua patut menyedari bahawa seorang ahli politik yang meninggalkan 'ibu politiknya' tidak layak dipandang mulia dan dengan penuh kebanggaan. Sekiranya apa yang dilakukan Chua boleh memberi kesan tidak baik kepada pakatan pembangkang, maka perbuatannya perlu disekat, lebih cepat, lebih baik," kata Karpal.

Sehubungan itu, Karpal menyeru pemimpin utama PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bertindak sebagai perantara agar peluang pembangkang di negeri itu tidak menerima kesan negatif daripada sebarang perbuatan sabotaj. - Bernama

3 comments:

  1. Pakatan ala ayam makan padi dalam satu bekas, patuk mematuk tindas menindas tetapi masih ada hati nak jadi kerajaan, bengong tahap gaban siapa2 yang mengharapkan kesejahteraan negara kalau memilih puak2 ni. Bendera sendiri pun tarak itu pun masih ada hati nak tukar bendera negara. Dah nampak sangat2 tiada keikhlasan didalam pakatan..kesemuanya ada agenda tersembunyi DAP cara DAP, PKR cara PKR dan PAS dengan cara PAS pakatan macam tu amat sesuai kalau di panggil pakatan perosak negara.

    ReplyDelete
  2. Melayu mesti bersatu untuk menjahanamkan atau menghancurka Puak2 Bangsat Penghancur Agama Bangsa dan Negara!!

    ReplyDelete
  3. Karpal tak layak cakap pasal kredibiliti. Dirinya pun tak ada kredibiliti. Dulu kata ada bukti anawar aljuburi dan pernah suruh anuwar bertaubat tapi kini penyokong tegar anuwar untuk jadi pm. Adakan kerana mahu jadi kan aanuwar sebagai pm boneka dap? Apa pun itu singh tak ada kredibiliti langsung.

    ReplyDelete