Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, February 10, 2013

[Pakatan Fitnah] Pensyarah wanita kecewa difitnah pegawai atasan

Seorang pensyarah wanita  yang pernah dinobatkan  sebagai Tokoh Maal Hijrah mendakwa difitnah pegawai atasan dalam pasukan kononnya dia ditangkap khalwat kerana bersekedudukan.

Mangsa yang enggan dikenali mendedahkan bahawa pegawai atasan berkenaan turut melakukan penderaan mental berbentuk arahan kononnya  dia tidak layak  memegang  jawatan Ahli Lembaga Pengarah Kewangan  pasukan itu termasuk jawatan yang disandangnya dari 2002 hingga kini.

Menurutnya, pegawai itu turut mempertikaikan kelulusan penyambungan kontraknya sebagai pensyarah tempoh tiga tahun lagi, selain turut mengeluarkan arahan kepada pengurusan tertinggi tempatnya bertugas supaya menubuhkan jawatan kuasa siasatan dalaman bagi menyiasat kesalahan moral dilakukan.

"Saya bernikah dengan suami secara sah di Thailand dan sudah mendaftarkan perkahwinan di sini. Namun pemeriksaan oleh  Jabatan Agama Islam ketika serbuan dilakukan di rumah November lalu mendapati kad pendaftaran perkahwinan kami palsu," katanya ditemui Sinar Harian, semalam.

Katanya, perkara  berkenaan  bukan disengajakan kerana pendaftaran perkahwinan itu diuruskan rakannya.

"Saya ditipu dan menjadi mangsa keadaan. Selepas menyedari bahawa kad pendaftaran itu palsu, kami mendaftarkan sekali lagi perkahwinan kami di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

"Akibat  fitnah itu juga menyebabkan suaminya yang juga pegawai berpangkat terpaksa melepaskan jawatannya Januari lalu kerana tertekan dan tidak tahan menanggung malu," katanya.

Katanya, siksaan  diterima  tidak  berakhir  setakat  itu apabila pegawai berkenaan turut memanjangkan perkara tidak benar itu kepada Kementerian Pengajian Tinggi dengan harapan dirinya dikenakan tindakan.

"Saya bersyukur kerana pengurusan tertinggi institusi pengajian tinggi  saya  sudah memberikan jawapan bertulis kepada kementerian  memaklumkan bahawa dakwaan yang dibuat oleh pegawai berkenaan tidak benar,"  katanya yang sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

2 comments:

  1. Pegawai-pegawai atasan KPT, IPTA ahli apa?
    UMNO bukan?

    ReplyDelete
  2. Diorang ahli umno.... Tapi dilatih oleh seekor dajjal bernama nik aziz bin nik mat al kerepot nak mampos wal perasan ulamak...perghhhh panjang sial gelaran. Mereka ini merosakkan umno dari dalam.

    ReplyDelete