Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, February 3, 2013

[Nik Aziz Tipu Lagi] ] Hadi: 'Walau cerai, Nasha tetap ahli Pas'



Pas mempunyai garis panduan dan penilaiannya sendiri dalam menentukan bahawa bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa masih boleh kekal sebagai ahli parti itu meskipun digugurkan dari Majlis Syura.

Namun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, cara penilaian itu dibuat adalah hak mutlak parti yang tidak boleh didedah kepada umum.

"Masih ahli. Orang bercerai pun, bercerai talak satu, talak dua, talak tiga.

"Itu terpulang kepada penilaian kita. Tak berhak kita dedahkan kepada orang penilaian kita sendiri. Bahkan dalam sejarah Pas bukan kali pertama kita pecat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Perdana Ummah di sebuah hotel dekat ibu negara hari ini.

Menurut Hadi lagi, bukan satu perkara yang aneh dalam parti itu jika seorang ahli Pas yang dilucutkan jawatan boleh kembali menjawat jawatan tertentu dalam parti.


"Setiausaha Agung Pas juga pernah dipecat pada tahun 70-an, pada tahun 80-an dia masuk balik," katanya.
Nasharudin semalam menegaskan beliau akan kekal sebagai anggota Pas untuk memastikan perjuangan asal parti dalam menegakkan Islam dan membela orang Melayu tidak 'dicairkan' berikutan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP.
Katanya, beliau menyertai Pas kerana parti itu dahulunya sentiasa konsisten dalam memperjuangkan isu Islam.
Mengulas pandangan itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Nasharudin boleh menyatakan apa sahaja.
Namun segala dasar parti itu adalah tertakluk kepada Majlis Syura dan kepimpinan Pas Pusat, katanya.
"Dia masih ahli Pas. Dasar Pas ditentukan oleh Majlis Syura dan Pas Pusat.
"Jadi walau apa pun pandangan dia, itu adalah pandangan peribadi dia. Tetapi selagi Pas ada Majlis Syura ada Jawatankuasa Pas Pusat untuk memutuskan urusan parti, itu adalah tanggungjawab kami untuk melaksanakan tugas-tugas parti," tegas beliau.

No comments:

Post a Comment